![]() |
Presiden Rusia Vladimir Putin |
Ahli-ahli Parlimen tersebut turut mengisytiharkan semua aktiviti dan bidang kuasa agensi kerajaan Ukraine di wilayah tersebut dibatalkan dengan kuasa, harta dan sumber kewangan dipindahkan kepada Republik Crimea.
Keputusan tersebut dibuat selepas kira-kira 97 peratus pengundi Crimea menyokong pemisahan wilayah itu dari Ukraine dan menyertai Rusia dalam satu pungutan suara semalam.
Berdasarkan keputusan awal, sebanyak 96.77 peratus penduduk Crimea menyokong pemisahan tersebut dan hanya 2.23 peratus pengundi mahu wilayah tersebut kekal sebagai wilayah autonomi dalam Ukraine.
Media Rusia melaporkan, keputusan itu dicapai selepas separuh daripada undi dikira. Sebanyak 83 peratus daripada keseluruhan pengundi keluar mengundi dalam tinjauan pendapat yang mendapat kritikan dan ancaman daripada Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) itu.
Pihak berkuasa berkata, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku sepanjang pungutan suara tersebut yang turut dihadiri pemantau pilihan raya dari Poland, Sepanyol, Jerman dan Austria.
AS dan EU mengancam untuk mengenakan sekatan terhadap Rusia yang dituduh menceroboh kawasan jajahan Ukraine.
White House menyifatkan tinjauan pendapat itu sebagai berbahaya dan menyebabkan ketidakstabilkan negara selain melanggar Perlembagaan Ukraine dan undang-undang antarabangsa.
"Masyarakat antarabangsa tidak akan mengiktiraf keputusan pungutan suara yang diadakan di bawah ancaman keganasan dan ugutan tentera Rusia," kata dua kuasa besar dunia itu dalam kenyataan.
Kenyataan tersebut tidak menyebut jenis sekatan yang akan dikenakan, tetapi memberi amaran tindakan Rusia akan memberi kesan kepada negara itu. - AGENSI(Utusan onlinme-Luar Negara).Posted by abnmulya /Bakar NInggal.blogspot.com.at12.01 am on March 18,2014.
No comments:
Post a Comment