Monday, March 17, 2014

Laluan penerbangan MH370 diprogramkan,bukan kawalan manual,kata laporan

MARCH 18, 2014
Seseorang di dalam kokpit dipercayai bertanggungjawab atas kehilangan pesawat MH370, kata penyiasat. Gambar fail. 

Lencongan arah yang diambil pesawat Malaysia Airlines MH370, jauh dari laluan dijadualkan ke Beijing, diprogramkan menerusi sistem komputer pesawat, bukan kawalan manual, menguatkan lagi anggapan seseorang di dalam kokpit bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat itu 11 hari lalu, lapor New York Times.

Memetik pegawai kanan Amerika, akhbar itu berkata, individu terbabit yang mengubah laluan penerbangan “taip tujuh atau lapan ketukan kekunci di komputer yang berada di antara kapten dan pegawai pertama”. 

Peralatan itu, yang juga dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pesawat, mengarahkan pesawat dari satu titik ke titik lain seperti dinyatakan dalam pelan penerbangan yang dihantar sebelum penerbangan.

Bagaimanapun, tidak diketahui jika laluan pesawat itu diprogramkan semula sebelum atau selepas berlepas. Ini mengukuhkan lagi keyakinan penyiasat pesawat itu sengaja dilencongkan dan wujud perbuatan khianat dalam kes kehilangan MH370, kata akhbar itu.

Penyiasat, sebelum ini dilaporkan, memberi tumpuan kepada juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat itu susulan penemuan berkenaan. – 18 Mac, 2014.(The Malaysian Insider).Posted by abnmulya at 1322 hrs on March 18,2014.

No comments: