![]() |
Kaptan Zaharie Ahmad Shah |
Juruterbang yang telah mencatatkan 18,365 jam penerbangan itu turut menjadi tumpuan media massa khususnya berkenaan pemilikan sebuah sistem simulator penerbangan Boeing 777 di kediaman beliau.
Sistem simulator penerbangan itu dipasang oleh beliau sendiri dan siap pada November 2012 menggunakan perkakasan FSX dan FS9 pada enam skrin monitor.
Sistem simulasi itu turut dilengkapi dua kad grafik terkini jenis Asus 7970 serta beberapa perkakasan canggih yang lain.
Minat anak kelahiran Pulau Pinang yang juga bekas pelajar Penang Free School itu turut mencakupi pesawat kawalan jauh dan beliau memiliki model Bell 222 dan jenis Cataline PBY.
Menyertai MAS pada 1981, Zaharie juga merupakan pemeriksa bertauliah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA).
Selain Boeing 777, beliau pernah menerbangkan pesawat Fokker 50, Boeing 737 dan Airbus 300. Disifatkan sebagai seorang yang mesra, peramah, ceria, gemar bergurau serta aktif dalam komuniti kejiranan, Zaharie juga mempunyai kebolehan memasak.
Antaranya kari ikan, cendawan brokoli dan sambal tauhu malah beliau seringkali menghantar sendiri masakan seperti spaghetti dan bihun goreng untuk kenduri di kawasan perumahannya.(Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya .blogspot.com.at1314 hrs on March 2014.
No comments:
Post a Comment