Saturday, March 8, 2014

Misteri belum terjawab lagi.....

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN dan
THOMAS CHONG pengarang@utusan.com.my
Gambar anak kapal pesawat MH370 yang terputus hubungan dengan menara kawalan awal pagi semalam (dari kiri atas) Zaharie Ahmad Shah (Kapten), Fariq Ab. Hamid (Pembantu), (bawah dari kiri) Goh Sock Lay (Ketua pramugari), Andrew Nari (Ketua pramugara) 

PUTRAJAYA 8 Mac - Industri penerbangan Malaysia dikejutkan dengan kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada pukul 2.40 pagi ini.

Walaupun pelbagai spekulasi dibuat termasuk pesawat itu telah mendarat di Nanning di selatan China selain laporan bahawa ia terhempas di kawasan perairan Vietnam, namun pihak berkuasa termasuk pihak MAS telah menafikan dakwaan tersebut.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam dan dijadualkan mendarat di Beijing, China pada pukul 6.40 pagi (Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya.blogspot.com.at 11.01 am on March 09,2014..

No comments: