Monday, March 10, 2014

Pertandingan dua penjuru PRK DUN Kajang

Dastin Seri
 Dr.Wan Azizah Wan Ismail
KUALA LUMPUR 11 Mac - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan Parti keadilan Rakyat (PKR).

Sehingga tempoh penamaan calon tamat pukul 10 pagi ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menerima pencalonan (02) nama sahaja.

Datin Paduka
Chew Mei Fun
Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun (9.07 pagi) dan calon PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (9.10 pagi).

Hari membuang undi di DUN tersebut ialah pada hari Ahad,bersamaan pada tanggal 23 hb.March 2014 yang akan tiba tidak lama lagi.

Pengundi-pengundi di DUN Kajanag itu bolehlah menggunakan haknya untuk memilih calon yang mereka sukai di DUN tersebut.

Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail,sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan bahawa pertandingan yang beliau sertai itu merupakan medan  untuk menebus kembali maruah parti dan suaminya,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantu pribadinya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya.blogspot.com.at 12.20 am on March 11,2014.

No comments: