Sunday, March 16, 2014

Polis siasat jurutera pesawat hilang,lapor berita egensi berita




MARCH 17, 2014 Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat jurutera pesawat yang juga merupakan penumpang dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang selain memfokuskan kepada juruterbang dan sesiapa yang mempunyai kemahiran teknikal penerbangan, kata pegawai kanan polis.

Jurutera pesawat Mohd Khairul Amri Selamat, 29, rakyat Malaysia yang dikatakan berkhidmat dengan syarikat jet peribadi seperti tersebar di laman sosial.

 “Ya kami memantau Khairul, penumpang dan anak kapal lain. Fokus tertumpu kepada mereka yang mempunyai kepakaran penerbangan di dalam pesawat itu,” kata pegawai penyiasat itu kepada Reuters. 

Pegawai penyiasat memulakan dengan memeriksa latar belakang juruterbang dan anak kapal yang berkhidmat dalam pesawat hilang Boeing 777-200ER (9M-MRO) bagi mendapat petunjuk.

Tiada petunjuk pesawat itu ditemukan setelah lebih seminggu ia dilaporkan hilang yang dipercayai menghala ke kawasan lain oleh pihak yang mempunyai pengetahuan penerbangan. – 17 Mac, 2014.(The Malysian Insider).Posted by abnmulya at 1448 hrs on March 17,2014

No comments: