Tuesday, March 18, 2014

(PRK) DUN KAJANG : Datuk Seri Liow Tiong Lai optimist Datin Paduka Chew Mei Fun akan menang....



Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
March 19,2014 at 12.31 noon.

Dalam konteks Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN  Kajang yang akan berlangsung pada hari Ahad,bersamaan pada tanggal 23 hb.March 2014 itu,penulis sesungguhnya telah pun menulis di blog ini pada tanggal February 25,2014.
Datuk Seri Liow Tiong Lai,Presiden MCA yang baharu

Dalam tulisan tersebut penulis ada membuat ramalan bahawa Barisan Nasional (BN) yang di wakili oleh Datin Paduka Chew Mei Fun,dari parti MCA akan berjaya merampas kerusi di DUN Kajang yang telah dikosongkan oleh Encik Lee Chin Cheh dari PKR pada tanggal 27/01/2014.

Ramalan yang penulis sarankan itu bertitik tolak
dengan beberapa syarat yang harus dilakukan oleh MCA dan Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu sebelum tiba hari membuang undi pada tanggal 23 hb.March 2014.

Jika anda ingin tahu bebarapaa syarat yang telah penulis sarankan itu?Silalah ikuti tulisan itu di blog ini yang bertarikh February 25,2014.

Ketika tulisan itu dibuat iaitu tulisan yang bertarikh 25 February 2014 itu, sudah terang lagi disuloh bahawa calon dari PKR yang di heboh-hebohkan ialah,Datuk Seri Anwar Ibrahim,penasihat umum dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan akan mewakli gabungan Pakatan Rakyat.

Kerana ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum disabitkan kesalahan kes liwat ke II oleh Mahkamah Rayuan Persekutuan.
Datuk Seri Dr,Wan Azizah Wan
Ismail,calon dari (PKR).
Akibat dari hukuman 5 tahun penjara yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Rayun pada 7 hb.March 2014 itu,maka mengikut undang-undang Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR)Malaysia,secara otomatik Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh bertanding.

Akibat dari itu,maka tempatnya telah digantikan oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail,Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Pada 11 hb.March 2014 iaitu di hari penamaan calon yang telah ditetapkan oleh SPR dan telah telah melakarkan secara rasmi dengan mengumumkan bahawa calon-calon yang bertanding di PRK  DUN Kajang itu hanya dua tokoh politik wanita tanah air yang tersohor.

Datin Paduka Chew 
Mei Fun calon Barisan 
Nasional (BN)dari 
parti MCA 
Iaitu di antara Datin Paduka Chew Mei Fun ,calon Barisan Nsional dari MCA dengan Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail,dari PKR yang menjadi parti gabungan Pakatan Rakyat.

Calon-calon bebas yang sebelumnya yang dilihat begitu heboh dan galak ingin turut bertanding pada PRK di DUN Kajang iaitu,tokoh-tokoh politik tanah air seperti Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Nalla Karuppan,dilihat kesemuanya telah menarik diri dan membiarkan pertandingan di PRK di DUN Kajang itu menjadi satu lawan satu.

Akhirnya,lain-lain tokoh politik tanah air dilihat semacam tidak mahu lagi kacau daun. Jadi sunyi sepi belaka.....

Setelah disahkan oleh pihak SPR sebagai calon-calon rasmi yang  bertanding di PRK di DUN Kajang pada pagi tanggal 11 hb.March 2014 hanya Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dengan Datin Paduka Chew Mei Fun calon Barisan Nasional (BN) dari parti MCA.

Maka kini, kedua-dua parti itu masing-masing dilihat begitu sibuk melakukan kempen-kempen,siang dan malam,demi untuk menagih simpati dari rakyat Kajang itu sendiri di seluruh ceruk rantau Kajang.
Dari kiri nombor tiga  Datuk Dr.Rahman,sebelahnya Datuk Seri Liow 
Tiong Lai sedang memegang erat tangan kanan (penulis) di barisan
 depan bertopi putih. 
Pada malam 18 hb.March 2014,penulis dan Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang diketuai oleh Datuk Dr. Rahman Ismail dan termasuk juga beberapa orang Umno dari Cawangan Umno di Gombak telah pergi ke Kajang untuk mengikuti beberap kempen Barisan Nasional (BN)PRK di (DUN) Kajang pada malam tersebut.

Di samping itu  kami mengambil kesempatan untuk menemui Presiden MCA yang baharu Datuk Seri Liow Tiong Lai,di Ibu Pejabat Gerakan MCA di Kajang.Kami tiba di pejabat gerakan MCA itu kira jam 10.45 malam.
Tenaga-tenaga kerja MCA dilhat
 sedang sibuk bekerja menjalnkan 
tugas masing-masing di pejabat 
gerakan MCA itu.

Ketika itu kami difahamkan bahwa Datuk Seri Liow Tiong Lai sedang mengadakan satu mesyuart penting di tingkat atas dengan tenaga-tenaga kerja MCA berhubung dengan mengatur strategi yang tersusun untuk menghadapi hari mengundi yang akan tiba pada tanggal 23 hb.March 2014.

Kami terpaksa menunggu buat seketika dan setelah selesai mesyuarat, maka Datuk Seri Liow Tiong Lai segera turun menemui kami di ground floor.di pejabat tersebut dan beliau segera bersalam-salaman dengan kami dengan penuh kasih mesra dan meminta maaf disebabkan kami terpaksa menunggu.
Sambil menggengam 10 jarinya di kedua belah
tangannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menegaskan
sesuatu pada Datuk Dr.Rahman Ismail hinggakan Datuk
 Dr.Rahman (kiri)jadi ketawa besar.

Pada kesempatan itu penulis segera mengambil kesempatan memajukan beberapa pertanyan berhubung dengan kedudukan keputusan kempen-kempen yang telah dijalankan oleh MCA mulai dari 11 hb.March hingga ke 18 hb.Maerch 2014.

Kepada penulis dan pada kawan-kawan yang lain, Presiden Parti MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai,ketika beliau memberi jawapan terhadap segala soal-soalan penulis itu?

Beliau dilihat semacam begitu  optimist,lantas menegaskan bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun,Naib Pengerusi MCA itu dijangka akan berjaya melakar kemenangan pada PRK di DUN Kajang.

Menurut beliau Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan calon yang berkaliber dan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pendudukj-penduduk Kajang itu sendiri,jika beliau dipilih menjadi wakil rakyat pada (PRK) di DUN Kajang pada 23 hb.March 2014.yang akan tiba hanya beberapa hari lagi.

Menurutnya lagi,bahawa undi-undi dari kaum Melayu dilihat telah bertambah secara drastik sekali.

"Kami dari MCA mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pendududk-penduduk kaum Melayu di Kajanag atas sokongan yang akan mereka berikan, "ujarnya.

Sementara penyokog-penyokong dari kaum Cina dan India pun dilihat semakin bertambah dengan peratus yang besar.

Berdasarkan dengan peningkatan sokongan -sokongan yang telah dipamirkan oleh pengundi-pengundi di DUN Kajang dari semua golongan kaum kepada kami dengan jelas semasa kami melakukan kempen-kempen yang telah berjalan selama 8 hari ini.

"Saya begitu optimist Barisan Nasional akan dapat merampas semula kerusi DUN di Kajanag,pada PRK ini,"tegasnya dengan penuh keyakianan disertai dengan wajahnya yang sentiasa berseri-seri menguntum senyuman.
En.Peter Khoo,Ketua Cwanagan 
MCA di Happy Garden,Kajang.
Mendengar penegasannya itu kami semua sangat gembira lantas ketawa besar dan mengucapkan tahniah.Semoga ramalan yang dibuat oleh Presiden MCA yang baharu itu akan jadi kenyataan yang hakiki.

Sementara menunggu Datuk Seri Liow Tiong Lai bermesyuarat kami cuba mendapatkan pandangan pada bekas calon MCA di Kajang,pada PRU tahun 1990 Encik Peter Khoo,Ketua Cawangan MCA di Happy Garden, Kajang,yang kebetulaan ada di situ pada malam tersebut.

Beliau juga dilihat turut sependapat dengan ramalan Presiden MCA yang baharu, bahawa peluang besar calon MCA Datin Paduka Chew Mei Fun akan berjaya melakar sejarah kemenangan pada PRK di DUN  Kajang pada 23hb. Marchj 2014 sangat cerah.

Lawan beliau pada PRU 1990- itu ialah Dr.Tan See Giau dari DAP yang bertanding kerusi DUN Kajang dan kerusi Parlimen di Kepong.

Kami meninggalkan Ibu Pejabat Gerakan MCA di Kajang itu kira-kira jam 12.35 malam .(Posted by abnmulya/ Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.31 noon on March 19,2014.

No comments: