Sunday, March 9, 2014

Tidak tolak kemungkinan angkara militan

AZHARUDDIN Abdul Rahman (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya (dua dari kiri) dalam sidang akhbar di Sepang, semalam. 

KUALA LUMPUR 9 Mac - Siasatan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Laut China Selatan kelmarin, adalah angkara pihak militan.

Menurut sumber keselamatan, ini berikutan dua pasport milik warga Itali dan Austria yang digunakan penumpang pesawat itu dilaporkan hilang di Thailand, sebuah negara yang dikenal pasti wujud sindiket menjual dokumen di beberapa wilayah tertentu.

Katanya, disebabkan faktor itu, negara tersebut juga menjadi lokasi persembunyian kumpulan militan seperti Al-Qaeda, Pembebasan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan Puak Pemisah Uighur.

"Kita tidak menolak kemungkinan teori itu (rampasan pesawat) berdasarkan pengesahan penumpang pesawat yang dikesan menggunakan pasport palsu lalu menyelinap masuk," kata sumber itu.

Menurut sumber itu, berdasarkan keterangan seorang nelayan di Kelantan yang dirakam keterangan polis pada hari kejadian memaklumkan, dia ternampak sebuah pesawat terbang rendah melintasi ruang udara di perairan negeri itu, kira-kira satu jam perjalanan dari Pantai Cahaya Bulan.

"Ini menguatkan lagi bahawa kapal terbang yang dilihat oleh nelayan itu adalah pesawat MH370 yang dikesan membuat pusingan berpatah balik selepas hampir tiba di Vietnam," kata sumber itu lagi.

Difahamkan, kes tersebut dikendalikan oleh Unit Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Keganasan) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang bersama 12 anak kapal ke Beijing itu dilaporkan hilang daripada radar Kawalan Trafik Udara Subang, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA Sabtu lalu. 

Dalam sidang akhbar hari ini, Panglima Tentera Udara, Tan Sri Rodzali Daud mengesahkan pesawat tersebut dikesan berpatah balik oleh radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selepas berlepas dari KLIA.( Utusan online-Dalam Negeri0.Posted by abnmulya.blogspot.com.at 10.02 am on March 10,2014.




9UTUSAN ONLINE-

No comments: