Hishammuddin Tun Hussein bersama Hamzah Zainuddin (dua dari kiri), Aziz kaprawi (dua dari kanan), Zulkifeli Mohd. Zin (kiri) dan Azharuddin Abdul Rahman (kanan) semasa sidang akhbar mengenai kehilangan pesawat MH370 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/Ghazali Basri
KUALA LUMPUR 5 April - Malaysia tidak akan berhenti mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 29 hari lalu sehingga ditemui, malah percaya tidak mustahil jika ada penumpang berjaya diselamatkan.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu adalah komitmen kerajaan dan harapan ahli keluarga setiap 239 individu di dalam pesawat tersebut yang sentiasa berdoa agar keajaiban berlaku.
Beliau berkata, selain mempergiat operasi mencari dan menyelamat (SAR), rakyat negara ini juga perlu terus berdoa kepada Allah agar segala kesukaran yang dihadapi dapat dipermudahkan.
Walaupun sesuatu yang ajaib untuk berharap namun ahli keluarga masih berpegang kepada perkara itu. Keajaiban memang boleh berlaku.
Ini merupakan harapan keluarga daripada perjumpaan saya dengan mereka walaupun dalam apa jua keadaan dan betapa tipis pun harapan untuk mereka selamat.
Saya merayu kepada orang ramai, apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi, tidak bermakna ianya terhempas," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Yang hadir sama Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, sokongan yang diterima daripada Menteri-menteri Pertahanan ASEAN Sempena Forum Pertahanan Amerika Syarikat (AS) - ASEAN untuk membantu Malaysia juga memberi dorongan kepada kerajaan untuk mencari pesawat MH370.
Saya telah bercakap dengan pemimpin daripada negara yang terlibat dalam SAR, semangat serta yang diterima daripada gabungan tersebut sangat tinggi dan terpuji.
Saya juga telah mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Pertahanan AS yang memberi komitmen untuk membantu menyediakan setiap aset yang kita perlukan," katanya.( Utusan online-Dalam Negeri0.Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.31 am on April 06,2014.
No comments:
Post a Comment