![]() |
Datuk Ahmad Maslan |
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal berkenaan sebenarnya telah pun melangsungkan kenduri anak perempuannya itu pada 10 Mei lalu di Kuala Terengganu yang dihadiri oleh ramai orang kenamaan termasuk beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Sehubungan itu jelas Ahmad, kenduri pada 17 Mei yang bakal dilangsungkan di kampung halaman bekas Menteri Besar Terengganu itu bukanlah kenduri pertama seperti didakwa sesetengah pihak.
"Lebih-lebih lagi, soal peletakan jawatan ini sudah lama diketahui Ahmad dan beliau mempunyai kesemua ruang untuk mengubah tarikh kenduri berkenaan.
"Kini mulalah timbul spekulasi kenapa tarikh ini dipilih Pusat untuk beliau meletakkan jawatan, padahal Ahmad sememangnya sudah tahu tarikh sebenar untuk mengundurkan diri," katanya kepada pemberita selepas Sesi Penerangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Kementerian Kewangan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE-POLITIK at 1.54pm.(Posted by abnmulya /Bakar NInggal.blogspot.com at 16624 hrs 0n Mei 14,2014.
.
No comments:
Post a Comment