ABDUL YAZID ALIAS
.jpg)
KLANG 11 Mei - Tidak sampai satu jam proses pengundian ditutup kira-kira pukul 5 petang ini, pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melemparkannya ke lantai dewan pusat pengundian.
Pembatalan pengundian itu diumumkan kira-kira 4.30 petang oleh wakil petugas pemilihan parti itu.
Tindakan sekumpulan lelaki itu difahamkan dilakukan setelah tidak berpuas hati dengan proses pemilihan parti di cabang berkenaan yang mana sebelum itu mereka cuba merempuh masuk ke dalam dewan pengundian terbabit di Kompleks Sukan MPK, Taman Sri Andalas namun dihalang oleh anggota Rela yang bertugas.
Bagaimanapun, akibat tidak berpuas hati kerana dihalang masuk, kumpulan lelaki berkenaan kemudiannya bertindak memanjat pagar setinggi dua meter dan masuk ke dalam dewan berkenaan selain bertindak merampas peti undi dan melemparkan ke lantai dewan.
Selain itu, mereka juga bertindak menterbalikkan meja termasuk bungkusan makanan di luar dewan yang disediakan untuk para pengundi.
Ekoran kejadian itu, pasukan polis telah bergegas ke kawasan pengundian bagi mengawal keadaan. - UTUSAN ONLINE-Dalam Negeri. (Posted by abnmulya /Bakar Ninggal. blogspot.com.at 1916 hrs on Mei 11,2014.
No comments:
Post a Comment