![]() |
L.Messi |
Ini adalah kali pertama perlawanan separuh akhir berlangsung tanpa sebarang gol selepas 120 minit permainan berkesudahan 0-0 dengan kedua-dua pasukan lebih gemar mempamer aksi defensif.
Penjaga gol Argentina, Sergio Romero muncul wira menyelamatkan dua tendangan Belanda menerusi Ron Vlaar dan Wesley Sneijder untuk membawa pasukannya menempah pertemuan akhir menentang Jerman pada Isnin ini.
Final di Stadium Maracana, Rio de Janeiro mengulangi perlawanan akhir Jerman-Argentina pada 1986 dan 1990.
Argentina menang 3-2 pada 1986, namun Jerman menebus kekecewaan itu empat tahun kemudian dengan melakar kemenangan 1-0.
Belanda yang terus kempunan memburu kejuaraan dunia buat kali pertama akan berdepan tuan rumah dan juara lima kali, Brazil pada penentuan tempat ketiga, Ahad ini. - AGENSI
No comments:
Post a Comment