Wednesday, July 23, 2014

Dewan Rakyat Rakam ucapan takziah kepada keluarga MH17

KUALA LUMPUR 23 Julai - Anggota Parlimen daripada kedua-dua belah pihak hari ini menunjukkan kesatuan berhubung tragedi Penerbangan MH17 apabila mereka berdiri dan bertafakur selama seminit untuk mengenang mangsa sebelum bermulanya persidangan khas Parlimen di sini.
Yang Dipertua
Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar
Amin Mulia

Bagi yang anggota Parlimen yang beragama Islam pula, mereka mengiringinya dengan bacaan al-Fatihah.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mewakili anggota dewan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines itu yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine Khamis lalu.

Pandikar Amin berkata negara menerima perkhabaran yang amat menyedihkan dan berharap keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu tabah serta cekal menerima takdir yang ditentukan.

``Pada Khamis 17 Julai, negara dikejutkan dengan tragedi malang MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

`
Pandikar Amin kemudian meminta anggota Parlimen berdiri dan menghadiahkan al-Fatihah atau bertafakur selama seminit bagi bukan Islam.

Pesawat jenis Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dilapor terhempas Khamis lalu di Donetsk, wilayah yang dikuasai pemberontak Ukraine tidak jauh dari sempadan Rusia. - BERNAMA (Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1826 hrs on JUly 23,2014.

No comments: