
Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
July 21,2014 at 4.14 am
Mesyuarat Agung Gabungan Ngo-Ngo Gombak telah meluluskan 3 usul tergempar pada mesyuarat tersebut dengan sebulat suara, pada petang tanggal 20 hb.July 2014, bertempat di No:31 Jalan 7/1,Bandar Country Home.Rawang,Selangor.
Usul nombor satu dan nombor 3 itu akan segera di hantar ke Pejabat Setiausaha Agung (PBB) di New York oleh Setiausaha Gabungan Ngo-Ngo Gombak tanpa ditunda-tunda lagi dan salinannya akan dihantar ke pejabat Duta Rusia,Ukraine dan Duta besar Amerika yang berada di negara kita ini.
Usul tergempar pertama: Usul dari Tuan Hj.Abu Bakar Ninggal, AJK yang baru dilantik pada petang itu dan usulnya telah diterima sebulat suara oleh persidangan tersebut.Usulnya itu seperti bnerikut:
Tan Seri Zaleha Ismail ,Penasihat Gabungan Ngo-Ngo Gombak |
"Gabungan Ngo-Ngo Gombak di bawah pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail,pada petang ini, mengambil pendirian yang tegas dengan sekeras-kerasnya mengutuk tindakan zalim,biadab,tidak berperi kemanusiaan oleh pihak-pihak yang bergolak di Ukraine yang mana telah menembak jatuh Kapal Terbang (MH17) ketika melintasi ruang udara Ukraine,dengan kebenaran laluan yang diberikan oleh ICAO. MH17 ditembak jatuh pada hari Jumaat, tanggal 18 hb.July 2014.
Tragedi malang dan sedih itu berlaku hingga mengakibatkan kematian yang tidak bersebab dan sia-sia kepada penumpang-penumpang MH 17 termasuk juga 15 orang kaki tangan MH17 itu sendiri .Jumlah kematian telah disahkan ialah berjumlah 298 orang."
Datuk Dr.Rahman,selaku Presiden sedang memberi ucapan dipermulaan persidangan |
Usul kedua: Gabungan Ngo-Ngo Gombak harus menyokong penuh tindakan Kerajaan Malaysia membawa kes tragedi penembakan jatuh kapal Terbang MH17 ke Parlimen Malaysia pada Rabu ini untuk dibahaskan di dalam Palimen dan kemudiannya mendapatkan resolusi-resolusi dari Parlimen berhubung dengan Tragedi MH17 ditembak jatuh ketika melintasi ruang udara Ukraine yang sedang bergolak antara pihak pemisah yang pro-Rusia dengan pihak pemerintahan Ukraine itu sendiri.
Usul ketiga: Gabungan Ngo-Ngo Gombak sebulat suara bersetuju dan menerima usul mengutuk dengan sekeras-kerasnya terhadap Zionis Israel yang mana telah melanggar roboh Gaza jadi hancur lebur sekaligus telah membunuh kanak-kanak, perempuan-perempuan ,orang-orang tua-tua yang tidak terdaya secara kejam dan tiada rasa peri kemanusiaan langsung.
Sebahagian AJK lama |
Sehingga kini iaitu sehingga 19 hb.July 2014 dilapoprkan sebanyak 337 orang terkorban dan sebanyak 2385 orang cedera oleh kezaliman tidak terbatas oleh rejim zionis.
Disamping itu usul itu juga menolak sokongan Barak Obama (Presiden Amerika)yang mana secara terus terang menyokong tindakan kejam Israel melakuakn seranag darat ke atas Plastin di Gaza, kononnya demi mempertahankan keselmatan Israel itu sendiri.
Alasan yang diberi oleh Obama itu tidak lojik dan tidak dapat diterima oleh masyarakat dunia yang cintakan keamanan dan kedamaian.Hatta oleh kanak-kanak kecil yang baru berumur belasan tahun.
"Justeru itu,Gabungan Ngo-Ngo Gombak merakamkan ucapan Takziah kepada waris-waris penumpang serta kaki tangan MAS (MH17) di atas musibah yang telah menipa ke atas individu-individu yang menjadi kesayangan mereka.
"Kepada waris-waris rakyat Plastin di Gaza: Gabungan Ngo-Ngo Gombak dengan rasa yang amat pilu merakamkan perkataan-perkatan yang sama juga.Semuga Allah swt menempatkan roh-roh yang menjadi korban itu di temapat yang istimewa."
Usul yang kedua yang tersebut di atas adalah usul oleh Haji Abu Bakar Ninggal.Sementara usul ketiga ialah usul yang dicadangakan oleh Kpt (B)Haji Mohd Yusof bin Abdul Manan yang mana telah dilantik sekali lagi dalam persidangan tersebut pada petang itu sebagai Naib Pengerusi 111 Gabungan Ngo-Ngo Gombak.
Para perwakilan sedang meneliti minit mesyuarat Agung 2013,laporan aktiviti dan lporan penyata kewangan Gabungan Ngo-Ngo Gombak |
Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang baru dipilh semula pada petang itu, Datuk Dr.Rahman Ismail,ketika mempengerusikan persidangan itu berpendapat bahawa usul-usul yang dibawa oleh Tuan Hj.Abu Bakar Ninggal dan Kpt (B) Haji Mohd Yusoff Abdul Manan itu merupakan usul-usul yang baik dan seharus diterima sebulat suara oleh ahli-ahli perwakilan persidangan.
Menurut Datuk Dr.Rahman Ismail walaupun Gabungan Ngo-Ngo Gombak berfungsi untuk mendekati dan membantu rakyat akar umbi khususnya di Gombak.
Pun begitu,kita rakyat Malaysia,baik di mana kita berada,kita juga harus peka dan memberi fokus dengan isu-isu semasa yang sensetif yang sedang bergolak di dunia antarabnagsa terutamanya yang ada melibatkan serta menyangkut paut dengan negara kita Malaysia yang kita cintai ini.
Isu kehilangan misteri kapal Terbang MH 370 beberapa bulan yang lalu dan kemudiannya dikuti pula dengan terjadinya tregidi malang tanpa sebab musabab yang munasabah.
Perwakilan wanita pun tidak mahu ketinggalan meneliti minit mesyuarat 2013,laporan aktiviti dan juga laporan penyata kewangan |
Tiba-tiba pada 18 hb July 2014 iaitu pada hari Jumaat, dua hari yang lalu, kita di Malaysia dikejutkan pula dengan tragedi sedih dan malang.Sebuah lagi kapal terbang MAS (MH17) ditembak jatuh di ruang udara Ukraine oleh dajal-dajal dunia yang gila.
"Sewajarnya kita pasti merasa marah sekaligus segera mengutuk sekeras-kerasnya tindakkan zalim dan biadab yang telah lakukan oleh pihak-pihak yang bergolak di rantau Ukraine.Mereka boleh berperang semahu-mahunya,tetapi kenapa Malaysai yang tiadak ada kena mengena dengan pergolakan yang sedang terjadi di rantau itu,tetapi telah menjadi mangsa?
"Justeru itu, tindakan itu msti ditentang dan dikutuk sekeras-kerasnya dan pesalah mesti dibawa kepengadilan dan dihukum dengan seberat-beratnya" ujarnya sebelum persidangan itu mengambil keputusan, sama ada menerima atau menolak usul-usul tergempar yang telah dibentangkan di persidangan itu.
Banyak tokoh-tokoh aktivis muka baru dipilih jadi AJK Gabungan Ngo-Ngo Gombak
Memang telah menjadi adat bahawa yang patah itu akan tumbuh.Yang hilang akan berganti.Begitulah yang terjadi di Persidangan Agung Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu sendiri.Ada di antara tokoh-tokoh pemimpin yang lalu tidak hadir atas alasan tersendiri.
Ustaz muda Hakim al-Hafiz bin Saleh kelihatan begitu khusyuk membaca doa selepas selesai solat witir 3 rakaat sebagai penutup solat di malam itu. |
No comments:
Post a Comment