.jpg) |
Setiausahh Agung PBB,Encik Ban Ki Moon mesti tegas dalam isu penembakan jatuh Kapal Terbang Malaysia MAS (MH17) di Ukraine. Pelaku yang dajal dan durjana itu mesti dihukum mengikut undang-undang Antarabangsa.Tiada maaf bagi mereka. |
NEW YORK 21 Julai - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dijangka mengundi usul resolusi untuk menuntut kumpulan pemisah pro-Rusia menyediakan akses sepenuhnya kepada pihak antarabangsa di lokasi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas.
Usul terbabit yang dikemukakan oleh Australia dengan beberapa negara lain termasuk Perancis, turut menggesa semua pihak di wilayah timur Ukraine itu memberi kerjasama dalam siasatan antarabangsa berhubung insiden tersebut.
Selain itu, usul berkenaan menuntut semua aktiviti ketenteraan termasuk kumpulan bersenjata dihentikan di kawasan tragedi bagi mewujudkan keadaan yang selamat dan terjamin kepada pasukan penyiasat antarabangsa.
Undian ke atas usul terbabit akan berlangsung pada 3 petang (3 pagi waktu Malaysia esok). - AFP( Utusan online-Luar negara).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 1438 hrs on July 21,014.
No comments:
Post a Comment