![]() |
| Tan Sri Khalid Ibrahim,Menteri Besar Negeri Selangor |
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, lima dakwaan salah laku disiplin yang ditujukan terhadap beliau dalam notis pendengaran yang dikemukakan kepada beliau semalam tidak mempunyai kaitan dengan PKR.
Beliau menegaskan, perkara-perkara yang terkandung dalam lima dakwaan tersebut telah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai kuasa eksekutif untuk mentadbir negeri berkenaan.
"Saya amat terkilan notis pendengaran itu kini meminta saya untuk menjelaskan lima perkara tambahan iaitu penstrukturan air Selangor, elaun baharu Menteri Besar Selangor, kenaikan cukai bagi lesen perniagaan, pinjaman Bank Islam dan cadangan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).
"Saya berpendapat bahawa Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr. Tan Kee Kwong telah bertindak secara tidak adil terhadap saya kerana notis tunjuk sebab tidak merujuk kepada perkara-perkara tersebut," katanya dalam surat jawapan kepada notis tunjuk sebab yang dikemukakan beliau kepada PKR hari ini.
Hari ini, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Mustafa Mohd. Talib menyerahkan surat yang ditujukan kepada Kee Kwong kepada Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor hari ini dan salinan surat tersebut turut dipaparkan di laman Facebook rasmi Abdul Khalid serta laman web 'Selangorku' di http://mb.selangorku.com.
Dalam notis tunjuk sebab bertarikh 5 Ogos lalu, Kee Kwong meminta Abdul Khalid menjelaskan tindakannya mengingkari keputusan parti untuk melantik Presiden PKR,(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 358 hrs on August o9,2014.

No comments:
Post a Comment