
Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Ahad,August 17,2014 at 6.24 pm.
Selaku seoranag penulis blog.Penulis sendiri sejak mula-mula isu krisis MB Selangor meletus.Penulis memang benar-benar mengikuti perkembangannya dengan serius tentang gerakan untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim dari kerusi Menteri Besar Selangor dan akan digantikan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR) Datin Dr.Wan Azizah Wan Ismail?
![]() |
Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor |
Dalam isu ini? Penulis lihat orang paling kuat bekerja untuk menajayakan agar Dr.Wan Azizah Wan Ismail dierima oleh semua pihak yang berada dalam gabungn Pakatan Rakyat?
Dilihat hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sendirian dengan dibantu secara cergas oleh Saifuddin Nasution,Setiausaha PKR.
Orang yang paling teruk meneriam cemuhan yang bermacam-macam rupa bnentuk cemuhan? Ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim juga.
Anihnya? Orang yang membuat cemuhan itu? Dilihat bukan sahaja oleh orang-orang dari luar yang dikenali memang sebagai musuh politiknya,.Malahan dicemuh habis-habisan oleh orang-orang politik yang berada di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri.
![]() |
Tuan guru Hj.Abdul Hadi Awang |
Pada mulanya krisis ini tidak menjadi begitu panas. Isu ini jadi panas membahang ialah di perengkat dimana setelah Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah mengeluarakan kenyataan politik mereka secara terang-terangan menerusi akhbar-akhbar dan di TV arus perdana menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.
Kenyataan ini ditafsirkan oleh tokoh-tokh di dalam PKR/DAP sebagai tidak lagi menghormati persafahaman yang telah termaktub di dalam perjanjian ketika gabungan Pakatan Rakyat dibentuk selepas PRU ke-12 pada tahun 2008.
Ekoran dari itu? Maka PKR dengan kuasa yang difikirkannya munasabah yang termaktub di dalam perlembagan PKR itu sendiri telah mengambil keputusan memecat Tan Sri Khalid Ibrahim dari ahli dan keahlian seumur hidpnya dari PKR dengan serta merta dengan disabitkan kesalahan tidak mematuhi arahan dari pucuk pimpinan PKR itu sendiri.
![]() |
Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Pun begittu? Ada di antara tokoh-tokoh tertinggi dari PAS terus mengeluarkan kenyataan tetap menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim dan kenyataan politik mereka itu telah disiarkan di akhbar-akhbar tempatan dan TV-TV tempatan secara luas. .
Pada suatu peringkat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Saifuddin Nasution terpaksaa terbang ke Terengganu menemui Tuan Guru Haji Hadi Awang meminta agar Tuan Guru Haji Hadi Awang membuat kenyataaan umum menyokong hasrat PKR untuk menggantikan Menteri Besar Selangor yang masih dipegang oleh Tan Sri Khalid.
Dikhabarkan bahawa pertemuan itu tidak menghasilkan perkara baru dan Tuan Guru Haji Hadi tetap dengan pendirian senada yang telah dikeluarakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Majlis Syura PAS.
![]() |
Datuk Seri Anwar Ibrahim, politikus yang hebat tindakannya |
Ekoran dari itu Tan Sri Khalid Ibrahim telah menemui Sultan Selangor dan menyembahkan sembah bahawa walau pun krisis MB Selangor semakin panas,akan tetapi beliau dikatakan telah menyembahkan sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Sulatan Shahfaruddin Idris Shah bahawa beliau masih mempunyai sokongan majoriti dari wakil rakyat di dalam DUN Selangor.
Justeru Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah memperkenankan Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan Tan Sri Khalid telah menerangkan bahawa Exco dari PAS seramai 4 orang itu tetap kekal sebagai exco dan boleh terus menjalankan tugasnya .
Menurut Tan Sri Khalid bahawa mengikut undang-undang tubuh negeri Selangor jumlah paling minima exco Selangor ialah 4 orang sudah memadai dan termnasuk MB sebagai pengerusi. Kerajan Selangor masih berfungsi dan halal meneruskan kerja-kerja mereka untuk rakyat.
![]() |
Iskandar Abdul Samad |
Hanya tinggal seorang lagi exco yang belum dipeat ialah YB Rodziah Ismail, ADUN dari Simpang 3 Selangor. Rodziah Ismail pada petang itu masih berada di Bangkok kerana urusan mesyuarat mewakili PKR.
Ketika ditanya oleh wartawanTan Sri Khlaid telah menerangkan bahawa Riodziah Ismail pun akan dipecat jika tidak menyokong kem beliau.
Esok paginya,Rodziah Ismail pulang ke tanah air dan lantas menyatakan sokongannya kepada PKR dan di masa yang sama beliau telah menyerahkan surat perletakan jawatan exco sebelum dia dipecat oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
![]() |
YB.Rodziah Ismail |
Salah-salah langkah,semuanya akan jadi punah ranah.Dari pihak penguasa ( kerajaan) Sealngor, bermula tahun 2008 hingga Ogos 10/08/2014.
Kini, mungkin akan jadi pembangkang pula? Hati nurani mana yang tidak jadi gusar dan gelabah? Siapa pun akan jadi gelabah. Jika tidak gelabah bukan manusia namanya.
Pendirian PAS yang masih membisu ini memmbuatkan Anwar Ibrahim semakin naik angin dan marah di dalam hati. Secara diam-diam. Dengan tidak disedari oleh pihak musuhnya di kem Tan Sri Khalid/PAS. Anwar dah berjaya mendapatkan tambahan 2 orang penyokong baru bagi menjadikan PKR/DAP ada 30 orang ADUN di dalam DUN Selangor.
BERITA YANG MENGEMPARKAN MUSUH POLITIK ANWAR.
Sekaligus boleh dikatakan dalam pertarungan politik yang ada hubung kait dengan kemelut Menteri Besar Selangor ini?
![]() |
YB Saari Sungib (Pak Abu) ADUN ( Hulu Kelang). |
Maka insan yag bernama Anwar Ibrahim itu lebih cergas,lebih pintar berpolitik dari PAS dan orang-orang lain di kem Tan Sri Khaqlid Ibrahim.Berpolitik dan main politik dengan cara lurus bendul.Tidak ada senjata sulit sama sekali.Dalam politik tidak boleh begitu dong...
Mesti ada senjata sulit untuk digunakan di masa-masa tegang dan susah untuk diselesaikan.
Anwar telah berjaya membunuh musuh politiknya lebih awal sebelum Anwar dan PKR/DAP dibunuh.
Dalam kemelut MB ini? Jelas sekali PAS telah menunjukan belangnya yang hakiki dan Anwar Ibrahim pun telah menunjukkan kekutannya berpolitik yang hakiki juga.
Dalam pergelutan politik dalam isu MB Selangor?Yang menang ternyata Anwar Ibrahim dan yang kalah ialah Tan Sri Khalid Ibrahim dan PAS yang dalam seminggu dua yang lalu ini, dilihat tidak setia pada semanangat PR?
![]() |
YB Hasnul Baharuddin ADUN (Morib) |
Pagi ini,iaitu pada tanggal ( 17/08/2014)PAS telah mengadakan mesyuarat khas AJK PAS Pusat dan mesyuarat itu pula telah mengambil keputusan membuat pendirian baru dengan mencadangkan Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali sebagai calon MB Selangor.
Pemerhati politik melihat dengan menambah seorang lagi calon MB oleh PAS itu?Ia boleh ditafsirkan dah terlewat iaitu, sesudah tindakasn luka melukakan di antara rakan kongsi telah berlaku? Apakah PAS tidak luka hati disebabkan 2 orang ADUNnya telah menolong PKR dan dilihat berada di kem PKR/DAP?
Keputusan yang teah diambil itu? Semata-mata merupkan tektik PAS semacam mahu melindungi hasrat sebenar di balik sehelai lalang. Luka di antara parti ini mungkin dah sedikit sembuh?Tapi parutnya masih kekal abadi dan susah hendak dilupakan.
Kini PKR/DAP dah ada 30 kerusi ADUN di dalam DUN Selangor.Tanpa sokong PAS pun PKR/DAP boleh meneruskan memerintah Selangor mengikut amalan demokrasi (30 kerusi lawan 26 kerusi ) di dalam DUN Selangor.
Itu pun tertakluk pada keputusan dari Duli Yang Maha Mulia Sulatan Selangor setelah nama Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipersembahkan kepada Tuanku dan Tuanku memberi perkenannya.
Diharapkan Sultan tidak jadi masaalah untuk menerima Datin Seri Dr.Wan Aziah Wan Ismail jadi Menteri Besar Selangor yang baharu demi mengakhiri kemelut politik Selangor yang sedng memuncak itu akan menjadi reda semula demi kepentingan rakyat Selangor.
Setelah berkrisi antara PKR/DAP dengan dalam isu MB ini .Agaknya! Sudikah PKR/DAP menerima PAS masih berada di dalam gabungan Pakatan Rakyat? Lazimnya? Orang-orang politik ini mukanya tebal dan pandai berpura-pura,munafik (hypocrite).
Pada zahirnya? Kita dapat melihat di antara mereka yang bermusuh-musuhan dalam berpolitik masih mampu mengukir senyuman manis di bibir dan gelak ketawa bila bertemu dam bermusyuarat.Sedangkan di dalam zamirn mereka penuh dan sarat dengan perasaan dendam mendendam tanpa nokhta. \
Sama-samalah kita lihat dan tunggu perkembangan selanjutnya berhubung dengan isu Menteri Besar Selangor ini.? Posted by abnmulya /abu bakar ningal.blogspot.com.at 1824 hrs on August 17,2014.
No comments:
Post a Comment