SHAH ALAM 18 Ogos - Pas Selangor berpendirian menunggu keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pelantikan Menteri Besar walaupun akur dengan keputusan Pas Pusat yang mencadangkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
![]() |
Sallehin Mukhyi,Pesuruhjaya 1 PAS Selangor |
Dalam masa sama, Pas Selangor juga menerima keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti itu yang turut mencadangkan Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Selangor, Sallehin Mukhyi menegaskan, penolakan terhadap Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu sebelum ini adalah kerana pencalonan beliau tidak mendapat perkenan Sultan.
Pun begitu, beliau menegaskan isu ini tetap tidak akan menjadi penghalang bagi mereka menjalankan tugas seperti yang telah ditetapkan parti.
Pas Selangor tidak setuju dengan Wan Azizah sebelum ini kerana pencalonan beliau tidak diperkenan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Tetapi semalam Pas Pusat sudah mencalonkan nama beliau dan Azmin Ali, jadi kami akan akur dengan keputusan itu," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di sini hari ini.
Sallehin yang juga ADUN Sabak berkata, empat Exco Pas termasuk beliau akan tetap menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diterajui Abdul Khalid sehingga Menteri Besar yang baharu dilantik. - (U tusan online-politik).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.17 am on August 18,2014.UTUSAN ONLINE.
No comments:
Post a Comment