Khamis,August 07,2014 at 2.50 pm
Kini sesungguhnya bahawa KEMELUT untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari terus menduduki kerusi Menteri Besar Selangor dilihat masih tidak ada tanda nokhtanya, malah suhu kepanasannya dah menjadi semakin meninggi melanda krisis politik di dalam Selangor.
![]() |
Tan Sri Khalid Ibrahim. Menteri Besar Selangor yang mahu di singkirkan oleh partinya sendiri. |
Umum sudah tahu dah.. bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim itu sendiri yang sedanag memegang jawatan kerusi Menteri Besar Selangor sejak PR punya kuasa politik yang majoriti di Selangor, pada PRU ke-12 hingga kini,adalah anggota Parti Keadilan Rakyat.
Ironiknya? Beliau hendak dijatuhkan dan disingkirkan dari terus memegang jawatan itu untuk digantikan dengan tokoh politik dari Partinya sendiri.
Iaitu, oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat,Datin Dr.Wan Azizah Ismail. Akibat dari gerakan yang anih itu?Tan Sri Khalid Ibrahim merasa terhina yang amat sangat dan sejauh ini beliau dilihat enggan meletakan jawatan tersebut.Beliau mati-matian akan mempertahankannya.Beliau beranggapan bahawa beliau tidak ada apa-apa cacat cela hingga dihina sebegitu rupa?
Beliau menganggap tindakan terhadapnya itu merupakan satu tindakan yang zalim dari partinya sendiri.Justeru tindakan itu harus dicabar demi maruah dirinya yang telah banyak berkorban wang ringgit.buah fikiran dan tenaganya yang telah dicurahkan kepada partinya selama ini. Susu diberi dibalas dengan tuba.
PAS MENYOKONG TAN SRI KHALID
![]() |
Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Dr. Wan Azizah Wan Ismail, |
Kemelut politik di dalam Pakatan Rakyat ini dah jadi semakin menarik apabila PAS yang menjadi parti komponan di dalam kerajaan Paktan Rakyat di Selangor,mengambil pendirian menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim secara terang-terangan.
Sokongan kuat itu PULA menerusi dua tokoh besar PAS yang berhak mencorakkan masa depan PAS.
Jika putih kata tokoh-tokkh ini? Maka putilah jadinya dan akan diikut oleh pengikut-pengikut PAS secara majoriti walaupun tidak dapat sebulat suara.Tokoh-tokoh itu tak lain tak bukn ialah Presiden PAS itu sendiri Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,Mursyidul Am PAS.
Peringkat awal Timbalan Presiden PAS Mat Sabu semacam tidak bersetuju dengan membuat persepsi bahawa kenyatan Presiden PAS Tuan Guru Hj.Hadi Awang itu merupakan kenyatana pribadi HajI.Hadi Awang sendiri,KONONNYA bukan mewakili suara keseluruhan pengikut PAS.
Setelah Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong pendirin PAS itu.Maka Mat Sabu dan beberapa orang lagi tokoh-tokoh besar di dalam PKR oleh Rafizi dan DAP,seperti Tony Phua dan Setiausaha Organasasi DAP Anthony Look Siew Fook marah menyingga pun jadi sunyi sepi.
Mereka jadi bisu seribu bahas selepas Presiden PAS dan Mursyidul Am Pas telah telah tidak bersetuju Tan Sri Khalid disingkirkan. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, pun masih berdiam diri dan belum mahu membuat komen tentang sikap tegas yang telah ditunjukkan oleh Presiden PAS dan Mursyidul Am Pas itu.
Mereka ini benar-benar sedar,dari segi politik di hari ini,sekaranag ini,di Selangor.Tanpa PAS kuasa politik Pakatan Rakyat di Selangor akan boleh jadi hancur musnah dan berkecai-berai jadinya.
Dalam keadaan Kemelut isu Menteri Besar Selangor ini? PAS yang punya 15 kerusi ADUN di DUN Seloangor? Sesunggunya punya kuasa kuat untuk menghaNcurkan kuasa politik yang sedang dipegang oleh kerajaan Pakatan Rakyat? JIKA hati dan perasaan para tokoh-tokoh besar PAS cuba diguris atau sengaja diguris?Ertinya mengundang malapetaka tsuami politik di Selangor.
RAFIZI SEDIA HILANG SELANGOR ASALKAN TAN SRI KHALID DITUMBANGKAN
Menerusi (Utusan online-politik) bertarikh Ogos o6,2014 telah disiarkan pengakuan Rafiz bahawa parti itu (PKR) bersedia untuk kehilangan Selangor, jika pilihan Raya Negeri terpaksa dibuat asalkan Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditumbangkan.
"Jikia kita perlu melakukan pilihan raya negeri untuk menyelesaikan (krisis jawatan menteri besar) dan kita kehilangan negeri dan jika itu berlaku.Saya bersedia,kami bersedia,PKR bersedia.Saya pasti DAP juga bersedia manakala PAS perlu membuat keputusan," katanya.
HANYA SULTAN BOLEH BUBARKAN ( DUN) SELANGOR
Demi untuk menyelesaikan kemelut isu Menteri Besar Selangor itu agar segera dapat diselesai? Menurut Rafizi PKR bersedia melakukan Pilihan Raya Negeri Selangor.
![]() |
Rafizi Ramli Pengarah strategi PKR |
Persoalannya? Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor,bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri terletak sepenuhnya atas budi bicara Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas menerima nasihat Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ertinyanya? Boleh berlaku Pilihanraya negeri Selangor (snap election) di Selangor hanya bergantung kepada keputusan Sultan Sharafuddin Shah untuk membubarkan DUN dan tiada pihak lain termauk parti politik mempunya kuas dalam hal tersebut.
Dalam isu ini? Tan Sri Khalid Ibrahim masih kukuh untuk mempertahankan jawatan Menteri Besar Selangor. Justeru mana bisa (mana boleh) beliau mahu menasihatkan Sultan membubarkan DUN Selangor?
Jelas diliht bahawa keninginan Rafizi mahu melakukan snap election di Selangor itu mustahil sekali boleh dilakukan? Rafizi yang jadi pakar strategi PKR itu kini dilihat dah tak pakar lagi. Membuat gagasan yang sudah pasti tidak dapat dilakuan oleh parti-parti politik..
Kerana Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan anak kunci permasaalahan ini.Orang yang layak menasihatkan Sultan untuk membubarkan DUN Selangor adalah beliau sendiri.
Masakan belaiu mahu menasihatkan Sultan untuk membubarkan DUN?Iaya,mustahil,tak diterima dek akal yang siuman?(Posted by abnmulya /abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1450 hrs on August 07,2014.
No comments:
Post a Comment