PULAU PINANG 2 Sept. - Kes dua individu menghina pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi laman Twitter baru-baru ini akan disiasat oleh satu pasukan khas daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, maklumat awal setakat ini percaya seorang daripada individu tersebut berasal dan menetap di negeri ini.
Sehubungan itu, menurutnya, polis negeri akan memberikan kerjasama kepada pasukan khas berkenaan bagi membantu siasatan terhadap individu terlibat.
"Siasatan akan dijalankan dan pasukan khas di Bukit Aman telah ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan penghinaan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam Khalid menegaskan, polis tidak akan menerima permohonan maaf sebaliknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menggunakan laman sosial untuk menghentam pihak berkuasa berkenaan.( utusan online-jenayah).Posted by abnmulya /abu bakar ninggal.blogspot.com. at 11.00 at Septyember 03,2014.
No comments:
Post a Comment