Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda UMNO secara dasarnya mengalu-alukan prinsip kebebasan berpolitik dalam kala­ngan pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, kehadiran Anwar dalam program berkenaan bukan untuk membahaskan isu-isu berkaitan dasar kerajaan secara ilmiah.

“Kita juga difahamkan banyak persatuan mahasiswa di negara ini yang tidak bersetuju dengan kehadiran Anwar di UM.

“Bagi Pemuda UMNO, apabila kampus itu digunakan sebagai pentas politik peribadi, itu adalah perkara yang kita tidak setuju,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Sementara itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan mengumumkan Pemuda UMNO akan menganjurkan Kongres Perumahan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada 16 November ini.

Beliau menambah, kongres tersebut akan berlangsung se­rentak dengan sesi bagi membincangkan isu-isu berkaitan Bajet 2015 yang membabitkan golongan muda.

“Kita juga akan mendapatkan maklum balas golongan tersebut tentang dasar-dasar kerajaan yang boleh ditambah baik lagi,” ujarnya.

Khairy juga menyatakan komitmen Pemuda UMNO untuk membantu Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjayakan program rumah transit bagi pasangan muda.

Beliau memberitahu, sayap itu akan mengemukakan senarai nama pasangan muda yang berminat untuk menghuni rumah transit kepada kementerian berkenaan secepat mungkin.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.,at 10.20 am on Oct.,28,2014.