![]() |
DARI KIRI: Saari Sungip dan Hasnujl Baharuddin |
Keputusan tersebut yang dibuat berdasarkan Fasal 82(6) Perlembagaan Pas dan berkuat kuasa hari ini diumumkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa Pas Pusat yang dipengerusikan Abdul Hadi sendiri.
Mustafa berkata, Saari dan Hasnul bagaimanapun boleh merayu terhadap keputusan itu berdasarkan Fasal 83(4)(5) Perlembagaan parti dengan mengemukakan surat bertulis kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama dalam tempoh 15 hari.
Sehubungan itu, menurut Mustafa, kedua-dua pemimpin berkenaan dilarang mewakili Pas dalam sebarang program sehingga tempoh penggantungan tamat, namun mereka masih merupakan ADUN Pas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
"Kami sudah berjumpa dengan kedua-dua mereka pada 29 September lalu untuk mengambil kenyataan berkaitan kes yang berlaku dan laporan itu telah dibentangkan dalam mesyuarat untuk diambil keputusan," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu di Pejabat Agung Pas di sini.
DARI kanan, Mustafa Ali, Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub ketika mengadakan sidang akhbar berhubung penggantungan keahlian Pas dua ADUN, Saari Sungip dan Hasnul Baharudin di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Roy Azis Abd. Aziz.
Yang turut hadir Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
Keputusan hanya menggantung kedua-dua pemimpin itu bagaimanapun menimbulkan persoalan terhadap ketegasan Pas dalam menangani ahli-ahlinya yang membelakangi keputusan parti terutama Majlis Syura Ulama.
Ini berikutan tindakan Saari dan Hasnul sebelum ini yang menyatakan sokongan kepada DAP dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika krisis jawatan itu bermula meskipun Majlis Syura Ulama telah menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid.
Tidak cukup dengan sokongan kepada DAP dan PKR, kenyataan susulan kedua-dua pemimpin berkenaan umpama `mencurah minyak ke api' apabila menyatakan kesediaan menjadi wakil rakyat Bebas sekiranya keputusan itu tidak disokong oleh Pas.
Susulan itu, kemarahan ahli akar umbi Pas terhadap Saari dan Hasnul serta pemimpin tertinggi mereka yang dikatakan tunduk kepada tekanan daripada DAP dan PKR diluahkan dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 baru-baru ini sehingga menimbulkan beberapa kekecohan selain timbul desakan supaya tahaluf siyasi Pas dalam pakatan pembangkang dikaji semula.
Selain itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang lantang mempertahankan Pas turut menggelar kedua-dua ADUN itu sebagai pengkhianat kerana mendakwa tindakan mereka sebagai permulaan kepada ketidakseimbangan dalam Pas.
Sementara itu, Mustafa dalam sidang akhbar tersebut enggan menjawab pertanyaan wartawan mengapa dua ADUN berkenaan tidak dipecat sahaja dari parti.
"Kedudukan ADUN tidak terjejas. Mereka cuma digantung daripada parti, digantung keahlian Pas dan boleh merayu. Status mereka masih lagi ahli Pas dan ADUN Pas, tidak dipecat," katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Nin ggal.blogspot.com at 11.03 am on Okt.,13,2014.
No comments:
Post a Comment