Penasihat Biro Perkhidmatan Awam dan Pengaduan Jawatankuasa Perhubungan MCA negeri, Lim Thoon Deong berkata, pihaknya kesal kerana isu membabitkan seorang penduduk yang didakwa membeli sebahagian tanah rizab jalan di Solok Samagagah itu gagal diperjelaskan kerajaan negeri.
Menurutnya, melalui semakan di Pejabat Tanah dan Daerah, wujud lot jalan berkenaan untuk kegunaan awam tetapi difahamkan dijual sehingga membolehkan pembinaan premis baharu di kawasan terbabit.
“Rizab jalan tetap rizab jalan, bagaimana tanah terbabit boleh dijual tanpa penjelasan munasabah oleh pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
“Mana letaknya ketelusan se­perti yang dilaungkan kerajaan negeri selama ini sedang­kan perkara ini masih belum diperjelas­kan secara telus sejak di­bangkitkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum ini seorang pesara, Chan Eng Keat mendedahkan tanah seluas 45.43 meter persegi di kawasan Solok Samagagah berhampiran rumahnya telah dijual kepada salah seorang jirannya yang kemudian membuat kerja-kerja penyambungan rumah di atas tanah terbabit.
Thoon Deong menambah, kerajaan negeri termasuk MPSP sepatutnya tampil menjelaskan berhubung status tanah rizab jalan itu termasuk sudah dijual atau sebaliknya.
Selain itu, beliau juga menyuarakan rasa terkilan kerana aduan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara terbabit juga sehingga kini tidak me­nunjukkan sebarang perkemba­ngan positif.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Abu Bakar Niingal.blogspot.com at 1645 hrs on Okt.,25,2014.
<