Ketua Pendakwaan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah ( gambar kanan) berkata, pasukan yang akan diketuai beliau dijangka akan memulakan hujah pada 2.30 petang.
“Peguambela Anwar, Ramkarpal Singh mungkin akan mengambil masa untuk mengemukakan hujah. Saya mungkin tidak mula dengan keterangan-keterangan sainstifik.
“Mungkin yang lain. Hujahan bukti sainstifik saya akan kemukakan pada hari Jumaat dan akan habis dalam masa dua jam,” kata Muhammad Shafee yang ditemui sebaik sahaja prosiding hari kedua tamat kira-kira 5 petang ini.
Hari ini panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria mendengar sambungan hujahan peguam berkaitan kes liwat melibatkan Anwar.
Turut mendengar hujahan rayuan adalah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif bersama-sama tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdul Hakim Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramli Ali.- UTUSAN ONLINE-Mahkamah.(Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1913 hrs on Oct.,29-2014.