“Ianya bukan sahaja mendapat jaminan untuk pinjaman tetapi dibantu untuk membayar bulanan dan pelbagai insentif dibawah pembangunan belia seperti untuk meningkatkan kemahiran, Pusat Latihan Kemahiran yang baharu dan saya juga tidak pernah tengok ada satu teras dari teras-teras utama dalam belanjawan negara diberikan kepada belia.
Ditanya apakah pencapaian yang diperolehi oleh Pergerakan Pemuda UMNO dalam bajet tersebut, Khairy memberitahu isu perumahan adalah perkara besar diperjuangkan oleh Pemuda UMNO.
“Tumpuan kerajaan terhadap perumahan belia adalah suatu kejayaan hasil daripada perjuangan kita disamping soal kemahiran belia juga diberikan perhatian, saya puashati,” kata Khairy.
Menurut Menteri Belia dan Sukan itu bajet kali ini juga memberi tumpuan kepada pembangunan sukan peringkat akar umbi dan juga pelan jangkamasa panjang yang mana kita tidak boleh mengharapkan kejayaan dalam masa yang singkat disamping masalah yang kita ada hari ini telah wujud sejak bertahun-tahun.
Ditanya samada bajet kali ini juga untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Khairy berkata, “ini adalah permulaan, kita ada dua tiga bajet lagi sebelum pilihan raya, banyak lagi senjata kita yang belum keluar lagi.”
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Afdal menyifatkan amat menggalakkan dan banyak berita baik yang diberikan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, bukan hanya kepada pegawai kerajaan, masyarakat luar bandar, pesara kerajaan dan orang kurang upaya.
Bagi peruntukan luar bandar, Shafie mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi peruntukan sebanyak RM4.5 bilion untuk pembinaan jalan luar bandar dan kemudahan air luar bandar.
“Bagi pembinaan jalan raya sahaja diperuntukan hampir RM900 juta, untuk bekalan letrik luar bandar pula diperuntukan sebanyak RM1.1 bilion dan bekalan air luar bandar pula berjumlah hampir RM400 juta, ini merupakan satu usaha yang amat dialu-alukan dan menjadi tuntuta rakyat Malaysia di luar bandar khususnya dari Sabah dan Sarawak,” katanya.-10/10/2014 OLEH LUKMAN ABDULLAH(Dari Agenda Daily).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggl.blogspot.com.at 1848 hrs on Oktober 11,2014.

No comments:
Post a Comment