Saturday, November 1, 2014

(MT)Umno jangan takut-takut! Gantung jawatan mereka! Segera gantikan dengan pemimpin-pemimpin baru yang lebih berwibawa ,jujur dan ikhlas dan tidak punya kem tertentu




Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
November 02,2014 at 6.22pm.

Presiden Umno. Datuk Seri Najib Tun Razak
Menerusi Utusan on line tanggal November 01,2014  penulis dapati telah menyiarkan berita ucapan yang bernada keras yang telah dilontarkan oleh Presiden Umno,Datuk Seri Tun Razak ketika beliau berucap sebelum merasmikan majlis Konvensyen Umno Selangor,pagi semalm,di Dewan Tun Hussein Onn,di Banguna PWTC Kuala Lumpur.

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi teguran keras kepada kepimpinan Badan Perhubungan Negeri Selangor agar bersikap jujur dan tidak hanya mementingkan kem tertenu dalam usaha membawan kembali negeri itu( Selangor)kepada Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden Umno itu tanapa berselindung mengakui bahawa beliau malu dan besar malunya,beliau merasa letih,beliau merasa perit dan beliau meraa merasa serik dengan kemelut politik Umno Selangor sebelum ini dan berharap perkara ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan kerana agenda untuk merampas semula kuasa politik oleh Umno di Selangor mesti menjadi kemestian utama.

Tim.Presaiden Umno,
Tan Swri Muhyiddin Yassin
"Minta maaf saya terpaksa bercakap dalam nada sedemikian tetapi saya perlu berterus terang," katang sambil di sambut dengan laungan "hidup" dan "hidup Najib" berulang kali oleh ahli Umno,yang menghadiri majlis Konvensyen Umno Selangor,di Dewan Tun Husein Onn, di Bangunan PWTC,Kuala Lumpur.

SIAPA PUN HARUS MERASA MALU?

Kalau
kita menyusur kembali segala ucapan-ucapan yang telah dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu sejak beliau memegang jawatan Presiden parti Umno?

Penulis yang tidak pernah putus-putus mengikuti segala ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak,pada bila-bila masa sahaja sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia yang penulis ikuti menerusi media TV dan juga di media arus perdana tanah air..

SEJAUH yang penulis ingat kalau penulis tidak silap, tidak pernah pun dilihat Datuk Seri Najib ada membuat kenyataan politik yang begitu keras secara terang-terangan seperti mana yang telah beliau lontarkan pada pagi tanggal 01/11/2014 iaitu di ketika beliau berucapa sebelum merasmikan Majlis Konvensyen Umno Selangor, di Dewan di  PWTC k.Lumpur,pada pagi semalam,
Ketua Pemuda Umno
Khiary Jamaluddin Abu Bakar

Ini membuktikan bahawa beliau sudah tidak dapat menahan sabar dan menahan marahnya lagi,akibat melihat gelagat oleh para pemimpin Umno Selangor yang dilihatnya tidak ambil peduli tentag kekalahan Umno pada PRU ke -12 dan PRU ke-13 dulu itu?

Malah masih ada lagi para pemimpin Umno Selangor dilihat olehDatuk Seri Najib masih terus menerus berkemelut politik anatara mereka sendiri dan masih mementingkan kem-kem tertentu..

Berkemelut politik antara satu sama lain di kalangan para pemimpin di dalam Umno Selangor itu sendiri dan langsung tidak ambil peduli tentang kekalahan yang telah dideritai oleh Umno Selangor bermula PRU ke:12 dan PRU ke:13.

Mereka tidak peduli dan tidak rasa malu,tidak ragan silu atas musibah yang telah menipa ke atas Umno di Selangor.

Umno yang masih berkuasa di perengkat Kerajaan Pusat,tetapi malang seribu kali malang... dah dua penggal PRU umum parti Umno jadi pihak pembangkang di Selangor.

Pada PRU ke-12 Umno-BN hanya menang 20 kerusi dari jumlah kerusi DUN Selqangor berjumlah 56 kersusi semuanya.

Pada PRU ke-13 pula,Pada tahun (2013)? Umno Selamgor kalah lebih teruk dari PRU ke-12.Dari ju lah  56 kerusi DUN Selangor? Umno hanya menanag 12 kerusi sahaja. Keputusan PRFU ke-12 ini lebih memalukan Umno.

Justeru itu selaku Presiden Umno,Datuk Seri Najib mahu atau tidak mahu? Suka atau tidak suka?Terpaksa melontarkan teguran yang begitu pedas dan pahit secara terang-terangan?

Ketua Wanita Umno,
 Datuk Seri  Sharizat Abdul Jalil
Sebelum menghamburkan ucapana yang begitu pedas dan keras lagi pahit itu?

Serlaku Presidsen Umno,sudah pasti beliau telah dapat report-report yang kongkrit dari pasukan penyiasat khas beliau yang telah bekerja secara sulit-sulit (underground).

Di mana penulis secara sulit juga telah difahamkan bahawa pasukan sulit itu telah bekerja keras mengumpulkan maklumat-maklumat lengkap berhubungan dengan KEMELUT POLITIK Selangor yang masih cergas dan terus meneruas berjalan cergas di mana masih mengamalkan politik adu domba di kem-kem tertentu di dalam Umno Selangor itu sendiri.

Pada penulis.Ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak secara berterus terang tanpa berselindung itu?

Ia  boleh ditafsirkan semacam memberi amaran yang keras pada para pemimpin Perhubungan Negeri Umno Selangor secara keseluruhannya terutama pada para pemimpin di dalam banyak Bahagian-Bahagian dan di Cawangan-Cawangan Umno Selangor itu sendiri.

Ketua Puteri Umno,
Mas Emieyati Samsudin
Datuk Seri Najib dilihat semacam sangat berdukacita apabila melihat para pemimpin Umno Selangor sebahagian besarnya tidak ambil peduli tentang survival Umno di Selangor. Semacam tidak punya azam dan tekad untuk meramp[as kuasa politik dari tangan parti-parti pembangkang(Pakatan Rakyat).

Selangor adalah merupakan satu-satunya negeri yang terkaya di dalam Malaysia yang telah dibangunkan oleh Umno-BN selama berpouloh-puloh tahun lamanya dan telah membelanjakan wang ringgit berbilion ringgit banyaknya untuk memodenkan Selangor.

Semata-mata untuk kekayan Selangor, Akan tetapi Selangor telah edi rampas dan telah di perintah oleh pihak parti pembangkang.

Parti pembangkang boleh dikatakan dapat menguasai kuasa politiok Selangor? Semacam datang cuci kaki dan tangan eja tanpa jerih payah. .Mengambil alih kuasa politik di Selangor setelah Selangor itu sendiri dah jadi moden,maju dan kaya raya hasil dari penat lelah Umno-BN membangunkannya.

Para pemimpin Umno Selangor di semua perengkat diharapkan oleh Datk Seri Najib harus sedar dengan hakikat ini?

Mereka diharapakan mesti bersatu padu untuk melakukan perubahan sikap yang dynamik demi menjadikan agenda utama terhadap hasrat untuk merampas sermula Selangr dari parti pembangkang.

Berubah sikap secara dynamik dengan cara jujur dan ikhlas agar tidak akan lagi melakukan kemelut politik di antara ahli-ahli Umno itu sendiri.Sikap suka berkemelut antara satu dengan lain antara ahli-ahli Umno dengan Umno juga itu?

Sikap buruk lagi hodoh ini? Mesti digantikan dengan sikap bekerja cara jujur,ikhlas,bahu membahu, hormat menghormati,bukan sahaja di anatara ahli-ahli Umno di semua cawangan dan bahagian masing-masing.

Bahkan mesti merubah sikap mereka agar boleh berbaik-baik dan mendekati orang-orang Melayu yang berada di atas pagaragar kembali menyokong Umno bukannya pada parti-parti pembangkang.
Ketua Putra Umno ,
Datuk Abdul Aziz Rahim 

Sekaligus berbaik-baik juga dengan oarang-orang Melayu yang berada di dalam PAS dan juga di dalam PKR itu sendiri jika mereka tidak mahu menerima padah yang mana akan disingkirkan dari menjadi tokoh-tokoh politik di dalam Umno Selangor.

Untuk menjamin yang Umno akan dapat kuasa politik dan berkuasa semula di Selangor pada PRU ke-14 pada tahun 2018 itu nanti?

Umno Selangor di semua perengkat bahagian mesti bekerja kuat,seharusnya mulai dari selepasa kalah lagi pada PRU ke-13 dulu itu hingga sekarang dengan cara menambah sebanyak-banyak ahli Umno yang baru dan sekaligus segera mendaftarkan jumlah pengundi-pengundi baru kepada Suruhjaya Pilihan Raya (SPR)dengan cara-cara yang amat cerdas.

Sasaran kerja-kerja itu mesti memfokus pada golongan muda mudi yang akan layak mengundi iaitu terutamanya di sasarkan pada golongan ( generasi Y) yang telah ditaksirkan men jelang pRU ke-14 itu nanti akan berjumlah hampir 4 juta orang ramainya yang boleh dan layak mengundi pada PRU ke:14 itu nanti.

Ketua Perhubungan Umno
Selangort Datuk
Seri Noh Omar
CARA SENYAP-SENYAP PAS/PKR DAH LAMA BEERTINDAK!

Pihak PAS dan PKR/DAP sejak tidak berjaya berkuasa di PUTRAJAYA pada PRU ke-13 (tahun 2013) itu? Mereka di lihat tidak pernah berputus asa dengan kegagalan itu.

Mereka secara senyap-senyap dilihat dengan cara yang begitu cergas telah pergi rumah ke rumah.

Mereka dah ( datang pun di rumah penulis) dan di sekitar kesemua kawasan mengundi di Taman Sri Gombak yang berada di dalam kawasan Parlimen Gombak untuk mendapatkan maklumat isi-isi rumah yang masih belum jadi pengundi yang berdaftar secara sah untuk mereka daftarkan ke pihak Suruhab Jaya Pilihan Raya (SPR).

Kerja-kerja yag mereka lakukan itu? Bukan sahaja mensasarkasn pada golngan vetran aje? Malahan mereka fokuskan pada gologan muda remaja terutama pada golongan (generasi Y) yang menjadi faktor utama yang jadi blok kuasa penentu yang akan menentukan siapakah yang harus akan berkuasa mendapat kuasa politik di negeri Selangor yang kaya raya itu disamping untuk memenuhi angana-angan mereka untuk berkuasa di Putrajya pada PRU ke-14 .

Dalam konteks ini? Sudahkah pihak Umno-BN terutamanya di Selangor yang telah kalah teruk (K.O) pada PRU ke-12 dan PRU ke:13 itu TELAH bekerja seperti parti PKR/PAS/DAP telah lakukan?

Kalau dah....? Kenapa Datuk Seri Najib masih timbulkan isu itu di dalam ucapannya ketika nak merasmikan Majlis Konvensyen Politik Umno Selangor di PWTC pada pagi semalam? Kenapa?

Mungkin Datuk Sri Najib punya maklumat betapa banyak Bahagian-Bahagian Umno di Selangor, ( Bahagian UmnO Gombak pun tidak terkecuali) yang dilihat oleh Datk Seri Najib Tun Razak sedang tidur lena lagi dan sedang bermimpi indah agar bulan jatuh keriba mereka pada PRU ke-14 nanti?

Presiden parti M.C.A. Datuk Seri Liew Tiong Lai
Jika Umno tidak lakukan kerja itu? Untuk apa tujuannya pihak Umno pusat setiap tahun telah memberi peruntukan wang kepada semua Bahagian-Bahagian Umno di Selangor?

Mereka tidak punya alasan kenapa tidak bekerja selaian dari malas dan taka peduli Umo itu hidup atau mati?

Jika kerja-kerja untuk kemenangan Umno-BN pada PRU ke-14 (pada tahun 2014) itu tidak dilakuan oleh Umno Selangor diseluruh perengkat iaitu,di perengkat Perhubugan Umno Selangor terutama di perenkat bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan ?

Untuk apa peruntukkan itu mesti terus diberikan? Tujuan utama segala peruntukan itu masih terus diberikan itu? Adalah untuk melakukan kerja-kerja di bahagian masing-msing guna menyusun dan melipat gandakan kekautan Umno Selangor di berbagai-bagai segi guna untuk menebus kekalahan yang telah Umno Selangor deritai pada PRU ke-12 dan PRU ke -13 dulu itu.

Jika tidak mendatangkan hasil yang di sasarkan? Mahu atau tidak mahu.Suka atau tidak suka? Maka dengan tegas MT harus bertindak.untuk memberhentikan peruntukan bantuan wang ringgit kepada semua bahagian yang berada di dalam Umno Selangor.
Presiden parti GERAKAN
,Datuk Mah Siew Keong

Peruntukkan itu harus di stop serta merta.Para pemimpin perengkat perhubungan negeri dan perengkat bahagian-bahagian dan di cawangan-cawangan yang di dapati KPI-nya tidak menghasilkan sasaran yang dikehendaki oleh Umno Pusat?

Tindakana harus segera diambil sementara ketibaan PRU ke-14 (pada tahun 2018) masih jauh lagi. Masi ada masa membuat berbagai-bagai adjustment di sana sini.

Peruntukan harus diberhentikan.Para pemimpin di perengkat bahagian-bahagian yang KPI-nya tidak baik dan tidak mencapai tujuan asalnya?

HARUS digantung jawatan mereka serta merta.Hantar tokoh-tokoh dari Majlis Tertingi Umno Pusat (MT)sebagai pemangku pemim p[in sementara unrtuk memegang jawatan-jawatan tersebut guna menyusun semula  Umno bahagian -bahagian Selangor yang telah dikenal pasti bahawa KPI-nya tidak memuaskan.

Majlis Tertingi  Umno Pusat (MT) harus berani bertindak segera secara revolusi demi untuk merubah LANDSKAPE politik Umno Selangor berwajah baru.Mempunya para pemimpin baru yang punya JATI DIRI KENTAL.Sayakan Umno.Rela berkorban mati kerana Umno.

Satu-satunya parti Melayu yang diharapkan boleh dan mampu membela nasib Melayu buat selama-alamanya.

Mempunyai kekuatan baru yang dinamis (dynamite) untuk  dijadikan satu-satunya WADAH untuk merubah dan sekaligus menjadikan anangan-angan  kosong itu bertukar jadi kenyataan yang hakiki. Umo boleh! Jika Umno benar-benar bekerja ke arah itu?

Presidem parti 
M.I.C. Datuk G.Palanivel
Jika tindakan seperti penulis cadangkan dan utarakan di atas itu? Ianya, tidak dilakukan secara revolusi? Berani penulis katakan di sini, secara terus teerang.Diharap anda semua jangan marah yaa..Anggaplah yang pahit itu adalah ubat penawar penyakit.

Hasrat dan impian Datuk Seri Najib untuk menebus malu yang amat besar yang telah menimpa ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak,selaku Presiden Umno yang mahukan Umno-BN Selangor berkuasa semula di Selangor pada PRU ke-14 ( pada tahun 2018) itu nanti?

Akan berkesudahan! Harat dan impian Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan tetap tinggal sebagai impian sahaja. Seperti kata pepatah Melayu lama:

Bulat itu tidak akan datang bergolek-golek dengan sendirinya? Jika tidak ada tangan yang menolaknya untuk ia jadi bergolek? Begitu juga jadinya dengan pipih tidak akan datang melayang?

Jika tidak ada tangan manusia yang melayangkannya. Itu telah adalah janji dan ketentuan dari Allah swt. Allah telah berfirman: Tidak akan berubah nasib sesuatu bangsa itu? Jika bangsa itu sendiri tidak mahu melakukan perubahannya.

KONVENSYEN  PARTI-PARTI BARISAN NASIONAL( Umno-BN) MESTI DI ADAKANKAN DI SELANGOR SEGERA.

Setelah Umno Pusat (MT) telah melakukan rombakan sebahagian besar para pemimpin ploitik di dalam Umno di Selangor? Langkah yang harus segera diadakan ilah dengan mengadakan pula Konvensyen Parti Umno- Baruisan Nasional pula di Selangor.

Parti  dari M.C.A,parti GERAKAN dan parti M.I.C.di Selangor ini, harus segera bertemu di dalam satu Konnsyen parti Umno-Barisan Nasional, di mana di dalam konvensyen itu banyak sebab musabab kenapa Umno-BN tewas di Selangor.Badan Ngo juga harus dijemput di dalam konvensyen itu.

Tujuannya ialah guna menimba hingga ke akar umbi segala kelemahan-kelemahan kenapa Umno-BN pada 2 penggal PRU ke-12 dan PRU ke-13 tewas teruk di Selangor Darul Ehsan.

Pada konvensyen itu pasti akan dapat dirumuskan bersama isu-isu boleh memberi manfaat kepada UMNO-BN.

Manakala  segala rumusan-rumusan itu bolehlah dijadikan sebagai tektik-tektik politik baru,sekaligus sebagai senjata perjuangan politik Umno-BN yang utama.

Senjata utama bagi merampas semula kuasa politik yang telah dirampas oleh parti Pakatan Rakyat di Serlangor mulai pada 2 penggal Pilihaan Raya Umum yang lalu.

Iaitu pada PRU ke-12 (pada tahun 2008) dan PRU ke-13 pada tahun (2013).Posted  by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 18 22 hrs on November  02,2014.


No comments: