KUALA LUMPUR 13 Dis. – Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman mengingatkan, orang Islam dan bukan Islam bahawa mereka mesti akur dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa bagi mengelakkan mereka dianggap menghina agama Islam dan pihak berkuasa agama.
![]() |
Mufti Pahang Datuk Ab.Rahman Osman. |
Ini kerana tegas beliau, enakmen yang diwujudkan turut terpakai kepada bukan Islam bagi mengelakkan penyalahgunaan kalimah suci itu.
"Kalimah Allah tidak boleh digunakan bagi tujuan pengembangan agama dan untuk mengelirukan masyarakat Islam, kalau hanya bertutur sahaja tidak menjadi kesalahan. Kalau tidak setuju fatwa yang diwartakan, orang yang bercanggah buat kenyataan boleh didakwa kerana menghina di bawah enakmen jenayah syariah negeri,’’ katanya.
![]() |
Mufti P.Pinang Dr.Wan Salim |
Menurut Guan Eng, larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam enakmen itu tidak terpakai kepada bukan Islam di negeri ini kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.
Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor meminta Guan Eng merujuk kepada mereka yang pakar jika beliau tidak memahami Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004.
Dalam konteks itu, beliau berharap dapat bertemu Guan Eng dalam masa terdekat bagi membincangkan tentang isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di negeri tersebut.
Menurut Wan Salim, isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan memandangkan Majlis Fatwa negeri telah menggazetkan perkataan Allah serta 40 lagi perkataan berkaitan Islam yang tidak boleh diguna pakai oleh bukan Islam.
“Jadi apabila sudah digazetkan oleh Majlis Fatwa, perkara itu bukan sahaja terpakai kepada orang Islam tetapi bukan Islam sebab pelantikan mufti adalah di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Maknanya, setiap rakyat tidak kira orang Islam atau bukan Islam perlu taat kepada titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Dalam pada itu, Wan Salim berkata, larangan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam meskipun tidak dinyatakan di dalam al-Quran atau sunnah tetapi dibuat atas dasar memastikan kemaslahatan awam.
Apatah lagi tambah beliau, perkara itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang Islam yang bimbang sekiranya kalimah Allah digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang lain.
Sehubungan itu beliau berharap pertemuan dengan Guan Eng kelak dapat membangkitkan keperluan mengelak daripada menyentuh isu-isu sensitif terutama melibatkan agama dan kaum.
“Kita juga berharap mana-mana pihak termasuk kerajaan DAP Pulau Pinang selepas ini mengelak daripada menimbulkan isu ini kerana melibatkan kemaslahatan awam dan boleh menjejaskan keharmonian kaum sementelah kerajaan negeri bukan hanya bertanggungjawab kepada orang bukan Islam tetapi juga orang Islam,” katanya.(Utusan online-Terkini-berita utama ).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.56 am on Dis-14,2014.
No comments:
Post a Comment