Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejurus selepas mengetahui tentang perkara tersebut.
“Tuduhan Eric yang mendakwa Jakim sebagai institusi yang mempromosikan fahaman ekstremisme sememangnya tidak tepat dan tidak berasas.
“Justeru itu, kita terus sahaja membuat laporan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya dan juga pihak SKMM pada hari yang sama selepas mendapat tahu mengenai kenyataan beliau di laman sosial itu,” katanya hari ini.
Eric sebelum ini mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitternya dengan menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah Jumaat kepada umat Islam.