Sambutan kira-kira pukul 8 pagi itu disertai kira-kira 2,000 orang dan dimulakan dengan perarakan melibatkan 41 kontinjen mewakili agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak swasta.
Bagaimanapun, acara perarakan berasingan turut diadakan oleh Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTNPP) yang disertai kira-kira 5,000 orang di Dewan Tunku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM), di sini.
Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas mengumumkan akan menggugurkan acara perarakan dalam sambutan Maulidur Rasul kali ini bertujuan menggantikannya dengan pengisian lain.

TINDAKAN tu sama seperti keputusan kerajaan negeri tahun lalu yang turut menggugurkan acara perarakan dalam sambutan tersebut dan peserta hanya berjalan dari Padang Kota Lama ke Dewan Sri Pinang di sini, yang terletak bersebelahan serta tidak membawa sepanduk.