Husseini Amran :08 Februari 2015 4:12 PM
SOKONGAN PADU...Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melambaikan tangan kepada penyokongnya ketika menghadiri mesyuarat pucuk pimpinan PAS di Bangunan PAS Pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar UTUSAN/IRWAN MAJID
KUALA LUMPUR 8 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus beredar dari Pejabat Agung Pas selepas menghadiri mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang yang bermula dari pukul 2 petang hingga 3.30 petang hari ini.
Beliau tidak menyertai pemimpin-pemimpin kanan pakatan pembangkang yang lain termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan,
Lim Guan Eng dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mesyuarat tersebut.
Tindakan Abdul Hadi itu mencetuskan persoalan lebih-lebih lagi apabila Pas dan DAP gagal mencapai kata sepakat berhubung isu hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam mesyuarat berkenaan.
Anwar yang mengetuai sidang akhbar itu mengumumkan, dua isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat khas yang akan diadakan pada masa akan datang. - UTUSAN ONLINE-POLITIK.(Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 1849 hrs on Feb--08,2015.
No comments:
Post a Comment