Monday, February 9, 2015

Kerajaan camapuran diyakini bawa manfaat

09 Februari 2015 1:43 AM

Ahmad Helmie Hassan
KOTA BAHARU 8 Feb. – Kalangan rakyat negeri ini meliputi pelbagai peringkat golongan dan latar belakang menyambut baik cada­ngan mewujudkan kerajaan campuran antara UMNO dan Pas demi kesejahteran semua pihak.

Sehubungan itu, mereka berpendapat majoriti akan bersetuju dengan cadangan tersebut dan ini dapat dibuktikan melalui satu pungutan suara dalam kalangan rakyat Kelantan.

Bagi mereka, walaupun UMNO dan Pas mempu­nyai ideologi politik yang berbeza, namun kewujudkan kerajaan campuran akan membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat. 

Aktivis politik, Datuk Boi Mohammad memberitahu, walaupun berbeza ideologi, namun UMNO dan Pas sebenarnya mempunyai perjua­ngan yang sama iaitu untuk membela orang Islam dan Melayu.
Menurutnya, persamaan dari segi pegangan agama itu boleh dijadikan titik permulaan untuk UMNO dan Pas mewujudkan kerajaan campuran. “Majoriti rakyat Kelantan adalah Islam dan Melayu,

Adalah satu kerugian jika rakyat negeri ini terus ketinggalan dan tersisih. Oleh itu, kewujudan kerajaan campuran bukan sahaja dapat membangunkan lagi negeri ini, malah memberi manfaat besar kepada rakyat,” katanya di sini.

Beliau mengulas mengenai rencana dalam Utusan Malaysia Jumaat lalu bertajuk Kerajaan campuran: Bantal berbeza, mimpin sama tulisan Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad.

Sementara itu, Presiden Persatuan Usahawan Sosial Ma­laysia, Ahmad Hel­mie Hassan ber­kata, pungutan suara itu dapat memberi gambaran mengenai kehendak sebenar rakyat Kelantan yang sekian lama mahukan pembangunan setaraf dengan yang dinikmati rakyat negeri-negeri lain. 

Sementara itu, seorang peniaga di sini,Muhammad Ibrahim memberitahu, menjadi harapan rakyat negeri ini terutama golongan peniaga agar penubuhan kerajaan campuran itu bukan hanya sementara, sebaliknya mempunyai struktur.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal Blogspot.com at 1719 hrs on Feb- 09,201.

No comments: