Monday, February 9, 2015

Mahkamah dengar rayuan pendakwa raya tambah hukuman penjara Anwar

NORLIZAH ABAS :10 Februari 2015 12:50 PM 

PUTRAJAYA 10 Feb. - Mahkamah Persekutuan menangguhkan sehingga pukul 1 petang bagi mendengar rayuan balas pendakwa raya untuk menambah hukuman penjara lima tahun yang diputuskan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria membenarkan permohonan peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram bahawa pihak pembelaan memerlukan masa untuk berbincang dengan anak guamnya berikutan keputusan akhir yang mendapati Ketua Pembangkang itu bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya.

 Hakim Arifin sebentar tadi selesai membacakan keputusan dan penghakiman bertulis yang menggariskan alasan penghakiman selama dua jam. - UTUSAN ONLINE-MAHKAMAH. ( Posted by abnmulya blogspot.com.at  13.14 pm  on Feb--10,2015.

No comments: