Saturday, February 7, 2015

Majlis membaca Yasin dan Doa Tahlil: Khas disedekahkan pada para roh pemimpin-pemimpin wanita Umno yang telah meningggal dunia...

Anjuran Wanita Gabungan Ngo-Ngo Gombak bersama biro kebajikan wanita Mubarak di kawasan Parlimen Gombak 
Dari kiri; Bertudung  warna batik itu ialah Cik Ani,Setiausaha Agung Gabungan Ngo-Ngo Gombak beramai-ramai sedang membaca surah Yasin dengan khusyuknya.


                     

Februry 08,2015 at 2.14 am.  

Muslimin / muslimat yang benar-benar mematuhi perintah Tuhannya dan menjauhi laranganNya sentiasa memelihara perhubungan silaturrahim sesama saudara mara, jiran tetangga,semua kenalan terutamanya sahabat dan kenalan seperjuangan baik dibidang politik mahupun dibidang kebajikan untuk mendekati  masyarakat sekelilingnya.

Bertudung merah Tan Seri Zaleha
Ismail sedamg khusyuk membaca
 surah Yasin 
Perbuatan memutuskan silaturrahim atau mencari jalan untuk memutuskannya atau melakukan sesuatu yang boleh membawa kepada terputusnya silaturrahim amat dilarang keras oleh agama
kita  iaitu agama Islam.

Menyambung silaturrahim pula amat digalakakan oleh agama Islam malah hubunganh tersebut harus dipelihara dengan sebaik-baik mungkin kerana hubungan tersebut sekiranya tidak dijaga akan mudah terputus.

Memelihara suilaturrahim ini termasuk sentiasa bertemu dan bermesera serta saling bertukar-tukar fikiran,pandangan  dan masaalah.Begitu juga saling bantu membantu walaupun sekadar nasihat menasihati.
Semuanya kelihatan begitu khusyuk sedang membaca surah Yasin.

Tutur kata dan perbuatan perlulah dijaga supaya tidak menyakiti sesama sendiri dan sentiasa memahami kehendak dan keperluan masing-masing.

Seseorang itu harus memahami hati dan perasaan saudara yang lain supaya tidak berlaku percanggahan pendapat yang mana ini boleh membawa kepada perbalahan.

Perbuatan seperti ini boleh membaw kepada kerenggangan dan akhirnya jika berterusan begitu akan membawa terputusnya tali siluturrahm.

Ikatan silaturrahim juga boleh terputus atau cacat bila berlakunya ketidak jujuran dalam perhubungan dan terselit kepentingan-kepentingan pribadi yang ingin dicapai oleh sesuatu pihak yang bilamana perbuatan itu dapat dihidu atau dikesan boleh membawa kepada terputusnya silaturrahim  

Tan Seri Zaleha ketawa
 tak pilih tempat bila nak makan.
Mana-mana pun santai baginya.
DALAM konteks untuk memelihara perhubungan silaturrahim terus menerus erat iktannya agar tidak putus.Maka wnita-wanita dari Gabungan Ngo-Ngoi Gombak bersama dengan biro kebajikan wanita Mubarak sejak ditubuhkan dipersada tanah air ini?

Boleh dikatakan tidak pernah putus-putus melakukan aktiviti-aktibiti dalam usaha untuk terus mendeakti rakyat temapatan di sekitar kawasan Parlimen Gombak itu sendiridisamping terus meneruskan keeratan silaturrahim itu sendiri.

Nasi dan lawuk pauk dimasukan
 ke pinggan untuk dimakan.
Boleh dikatakan ada-ada sahaja aktibiti-aktibiti telah dilakukan demi untuk mengkekalkan hubungan silaturrahim anatara para pemimim Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan wanita biroa kebajikan Mubarak itu sendiri dengan rakyat jelata di kawsan Parlimen Gombak.

MAJLIS MEMBACA YASIN DAN TAHLIL BERAMAI-RAMAI.

Di pagi tadi iaitu,bermula  pada jam 10 pagi dan tamat kira-kira jam 11.30 pagi,pada tanggal (07/02/2015),bertempat di Pejabat Umno di Cawangan Taman Selayang,

Masing-masing begitu berselera menikmati juadah tengah hari setelah selesai beramal ibadah membaca Yasin dan membaca doa tahlil unuk roh arwah para pemimpin Umno di seluruh Malaysia yang telah menemui sang peciptaNya.
Wanita-wanita dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak, di bawah pimpinan Cik Ani,Setiausaha Agung Gabunga Ngo-Ngo Gombak dan wanita-wanita dari biro kebajikan wanita Mubarak ,di bawah pimpinan Tan Seri Zaleha Ismail telah mengadakan satu majlis"Membaca Yassin dan membaca doa tahlil secara beramai -ramai,

Hajkah Sarimah bte Mamat
Hampir seratus orang wanita-wanita dari kedua-dua badan kebajikan itu telah terlibat untuk melaksankan majlis yang paling mulia di sisi Allah.

Acra membaca Yasin dan membaca Tahlil itu dilakukan khas untuk dihadiah dan disedekhkan kepada semua para pemimpin wanita-wanita Umno di seluruh Malaysia yang telah kemabali karahmatullah ( menjadi arwah) sejak Umno mula-mula ditubuhkan hingga ke hari ini.

Sebaik sahaja telah selesai acara membaca Yasin dan membaca doa tahlil kira-kira jam 11.30 pagi.

Maka acara seterusnya satu majlis motivasi berhubung dengan kesihatan kaum wanita telah di sampaikan oleh Hajah Sarimah binti Mamat dari DUN Kijang,Kelantan.

Hajah Sarimah Mamat merupakan Ketua Wanita MAYC Kelantan dan sekali gus begitu aktif dalam Umno di kawasan DUN Kijang .

Perwatakannya mudah mesra dan peramah orangnya..Senang di dekati dan mengalu-alukan sebanyak mana sahabat baru yang mahu menjalin tali silaturrahim dengannya.Yang sudi silalah berhubung dengan beliau dan bertanyajkan lebih lanjut lagi cara-caranya untuk memelihara kesihatan anda baik kaum lelaki dan perempuan. Sila hubungi beliau di talian 013-9011929.

Sebelah kanan: Berbaju hitam belang-belang memandang kamera ialah Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,Datuk Dr.Rahman Ismail.Sebelah beliau yang bertopi itu iala Kpt (B) Yusof Mahmod,Naib Presiden Gabungan. Yang lain-lain itu ialah AJK Gabungan sedang menjamu seleraa di restauran Mama yang tak jauh dari pejabat Cawangan Umno Taman Selaynag.
Disebabkan acara pagi tadi adalah anjuran kaum ibu.Maka hanya beberapa orang sahaja AJK Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang lelaki di bawah pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail telah hadir turut serta meraikan majlis tersebut.

Datuk Dr.Rahman Ismail
Mantan Ahli Palimen Umno di kawasan
Parlimen Gombak pada tahun 2004-2008
Disebabkan pihak catering yang membekalkan makan tengah hari  lewat tiba akibat terjebak di dalam kesibukan jalan raya yang jem di Batu Cave,disebbakan festa Thaipusam kaum Hindu India masih berjalan lagi di Batu Caves.

Justeru AJK kaum lelaki mengambil langkah mengisi perut dan membasahkan tekak mereka di sebuah restauran mama yang tak jauh dari pejabat cawangan Umno Taman Selayang itu.

Penulis sempat mengambil gambar mereka untuk di abadikan di ruangan ini sebagai kenangan yang indah.

Jika kita berbicara fasal sibuk? Datuk Dr.Rahman Ismail dilihat akan begitu sibuk pada hari esok (Ahad) 08/02/2015.

Pada jam 3 petang beliau akan merasmikan Mesyuarat Agung  pertubuhan LKPI( Lembaga Kebajikan Perempuan Islam ) Medah Batu Caves,di Taman Selayang.

Pada jam 5 petang pula beliau akan merasmikn satu  lagi majlis  Mesyuarat Agung pertubuhan (LKPI)Lembaga Kebajikan Perempuan Islam,Lembah Keramat, di Hulu Klang pula,bertempat di K.Klub,di Taman Melawati,Hulu Klang,Gombak,Selangor.

Belum jadi wakil rakyat sekali lagi beliau dilihat begitu sibuk mendekati rakyat. Kalau dah jadi wakil rakyat sekali lagi?

Tak dapat dibayangkan betapa sibuknya beliau agaknya.? Tapi beliau amat gembira dan merasa puas hati jika selalu dapat mendekati rakyat jelata,khususnya di di Kawasan Parlimen Gombak itu sendiri di mana beliau pernah menjadi Ahli Parlimen (MP)Umno Gombak pada  tahun 2004 hingga 2008.

Pada PRU-13 beliau bertanding sebagai MP calon Umno di kawasan Parlimen Gombak juga tetapi kalah dengan majoiriti yang begitu kecil sekali akibat pengundi kaum  Cini cara spontan telah mengundi Pakatan Rakyat.

Di kawasan tradisional Melayu? Datuk Dr.Rahman menang di semua saluran pengundi.Satu pencapaian yang begitu hebat.Cuma kalah di kawasan majoriti Cina aje.

Jika diberi peluang terus bertanding? Pada PRU -14 nanti iaitu pada tahun 2018 beliau sedia bertanding bila penulis memajukan pertanyaan pada beliau.(Posted by aabnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 2.14 am on February 08,2015.

         

No comments: