![]() |
Dr.Mahfodz Mohamad |
Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, perjuangan untuk hukum hudud bukan sahaja termaktub dalam Perlembagaan Pas tetapi merupakan syariat agama Islam yang perlu dilaksanakan.
Undang-undang mengenai hudud ini telah diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1993, kita bukannya buat secara tergesa-gesa, sebaliknya telah banyak kajian dan seminar kita lakukan.
“Bagi pihak Dewan Ulama Pas, kita tidak akan berkompromi dalam soal hukum hudud, sebagai hamba Allah, kita mesti mengutamakan perintah Allah lebih daripada desakan rakan-rakan dalam pakatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan Pas Kelantan tidak akan membawa Rang Undang-Undang Persendirian Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 atau hukum hudud sehingga selesai mesyuarat khas pakatan pembangkang yang dijadualkan bulan depan.
Menurut Mahfodz, walau apapun keputusan dalam mesyuarat khas pakatan pembangkang, Pas akan meneruskan hasrat membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen.
“Sebelum ini, rang-rang undang tersebut tertangguh kerana ada halangan daripada kerajaan Pusat, sekarang ini, pada zahirnya macam ada laluan, malah sudah ada jawatankuasa teknikal khas melibatkan kerajaan Pas Kelantan dan kerajaan Pusat,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Pesuruhjaya Pas negeri Perak, Razman Zakaria, perjuangan untuk menegakkan hukum hudud merupakan keazaman dalam setiap akar umbi Pas.
"Perbezaan yang berlaku dalam pakatan pembangkang memang perlu diuruskan dan kami memberi kesetiaan kepada pimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya.
Katanya, hukum hudud telah menjadi asas perjuangan bagi setiap ahli Pas dan perkara yang termaktub dalam perlembagaan parti itu sewajarnya dilaksanakan.( Utusan online-p0liti).Posted bya abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at11.28 am on Feb--11,2015.
No comments:
Post a Comment