Sunday, April 12, 2015

Beri peluang Najib pimpin negara-Hasan Malik

13 April 2015 1:39 AM 
Hasan Malik ( tengah) beramah mesra dengan sebahagian oleh Wanita Umno selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Umno Cawangan Kampung Kuala Jemapoh,Kuala Pilah

KUALA PILAH : 12 Apri 2015. Menteri Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata, sebagai pemimpin berwibawa, Najib sentiasa meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi segala-galanya. 

“Kita akui mungkin ada sedikit sebanyak kelemahan tetapi itu lum­rah dalam sesebuah kepemim­pinan. Tiada mana-mana kepemimpinan yang sempurna sebab kita manusia,” katanya kepada pembe­rita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan UMNO Cawangan Kuala Jemapoh dekat sini, hari ini. 

Katanya, apa yang penting, ke­pen­tingan negara dan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kerajaan di bawah kepemimpinan Najib.

“Sememangnya kita amat menghormati apa juga pandangan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir (Mohamad) memandangkan beliau adalah seorang negarawan,” kata­nya berhubung kritikan Dr. Mahathir terhadap Najib baru-baru ini.

Beliau berkata, beri ruang dan peluang seluasnya kepada Perdana Menteri untuk melaksanakan tugas dengan jayanya. – BERNAMA ( Utusan online).Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 3.00 am on April 13,2015.

No comments: