Friday, April 17, 2015

Jawapan Najib melalui TV itu? Lebih meluas penerangannya pada rakyat berbanding liputan media Mahathir dapat?



April 17,2015 @ 3.01 pm.

TIGA hari yang lalu Naib Presiden Umno dan merangkap sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn telah membuat komen bahawa songilan Mahathir terhadap Datuk Seri Najib kebelakangan ini?
Datuk Seri Najib Tun Razak

Adalah lebih baik tak usaha dilayan kerana kritikan-krttikan Mahathir itu dilihat tidak pernah kosisten dan sering berbeli-belit bertukar-tukar sifatnya.

Komen beliau itu hanya mendapat liputan melaui portal yang pro-pembangkang. 

Jika dilayani? Membuangkan masa sahaja dan hingga hari kiamat pun ia mungkin tidak akan selesai dan tak ada ujungnya? 

Kerana Mahathir tidak akan merasa puas hati atas penerangan orang lain? 

Beliau sahaja kononnya benar belaka,sedangkan orang lain semuanya tak betul.Komen Datuk Seri Hisahmuddin Hussein itu memang ada benarnya.

Ketika Datuk Seri Najib mengambil sikap berdiam diri
terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Mahathir itu? Bertalu-talu Mahathir mendesak agar Najib segera menjawab..

Tetapi selepas muncul di TV untuk menjawab isu-isu tersebut,Mahathir dilihat menekan lagi.Apa perlu PM menjelaskan perkara itu melalaui TV?

Beliau membuat komen dengan berkata demikian untuk mengambarkan bahawa Najib kononnya kini semakin kehilangan sokong dari rakyat.
Tun DR.Mahathir Mohamad

"Kenapa perlu ada rancangan TV untuk jelaskan pada rakyat? Jika rakyat sokong saya,kenapa perlu jelaskan pada mereka?

"Tak payahlah peduli saya seorang..Tapi nampknya tidak konsisten,benda yang dijawab. Kadang-kadang menafikan kenyatan dulu,"katanya menerusi portal Malysiakini bertarikh semalam 16/04/2015.

Sebenanya Mahathir dilihat semacam tidak begitu setuju jawapan Najib yang dibuat melalui rancangan TV,

Kerana pengaruh penerangan pada rakyat melalui TV adalah amat berkesan dan ia jadi satu pukulan maut pada Mahathir.

Tindakan Datuk Seri Najib itu merupakan satu tindakkan politik yang bijaksana dan kena pada masanya.

Kesannya Lebih meluas dan jangkaunya pula luasnya tiada tara? Terus menerus  masuk ke rumah-rumah rakyat disegala ceruk rantau Malaysia ke desa-desa dan ke kota-kota menemui rakyat.

Datk Seri Hishamuddin Hussein Onn
Aura penerangan kepada rakyat itu lebih memberi manfaat dan mempunyai kesan yang sangat mendalam dan rakyat dilihat begitu puas hati dengan jawapan yang telah dibuat oleh Datuk Seri Najib itu.

Sedangkan songilan-songilan yang diorbitkan oleh Mahathir hanya dapat liputan dari hanya beberapa Portal Bloger tempatan yang pro-pembangkang umumnya hanya dibaca oleh rakyat-rakyat di kota-kota aje.

Tidak terus merentasi desa-desa yang menjadi kubu kuat para penyokong Najib dan Umno. Inilah yang sangat menjengkilkan lagi hati dan kalbu Mahahir.

Selaku Perdana Menteri Malaysia? Najib dapat menggunakan apa sahaja instrumen kerajaan sedangkan Mahathir tidak mampu berbuat demikian.

Najib boleh dikatakan dan boleh diibaratakan sebagai durian dan Mahathir diibaratkan sebagai mentimun. Digelekan pun kena dan tak gelek pun kena.

Itulah nasib pesara? Lebih baik diam aje atau segera berdamai secara ikhlas dan bukannya pura-pura. Tak ada apa -apa keuntungannya?Jika kemelut POLITIK ini terus diorbitkan?.

Ia akan merugikan Umno dan bamgsa Melayu itu sendiri..Bangsa asing akan ketawakan kita disebabkan kejahilan kita berpolitik.Melayu hentam Melayu?

Tidakkah Mahathir dan regunya sedar dengan risiko ini? Semasa Pak Lah berkuasa dulu? Mahathir pun buat onar yang sama? Umno/BN di bawah pimpinan Pak Lah hanya dapat ( menang) 140 kerusi di dalam Parlimen Malaysia.  pada PRU ke-12 ( 2008)

Kini Umno/BN di bawah pimpinan  Najib pula diserang oleh Mahatir dan konco-konconya Berhentilah jadi ketua regu yang buat onar pada anak-naak muridmu sedaang memerintah!

Sedangkan Najib,suka atau tidaka ataupun mahu atau tidak mahu? Akan berdepan pada PRU:ke-14 dalam masa lebih kurang 3 tahun lagi dari sekarang.

Apa mamnfaat yang Mahatir dan konco-konconya akan dapat jika Umno/BN tumbang pada PRU ke-14 itu nanti? Masih tidak puaskah hati kamu wahai Mahathir Mohamad telah berjaya jadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun ?

Bersyukurlah....sudahlah...usia anda dah begitu lanjut...seharusnya dalam usia subsidi dari Allah itu harus ditumpukan dengan bermacam-macam jenis ibadah mengisi ilmu di dada untuk menemui hari kematian.Dari Allah kita datang?KepadaNya kita akan kembali?Tidakkah Mahathir mahu kembalai menemui Allah swt.dengan tenanng? ...

Mahathir jangan terlalu yakin tokoh politik yang berada di dalam umno sebagai proxcy-nya yang sangat beliau harap-harap akan mengambil tempat Najib itu dengan cara senang dan selamat?

Mahathir telah meninggal contoh teladan yang nyata bahawa sebanyak Tiga orang Timbalan Perdana Menterinya telah jadi mangsa. Tidak berjaya jadi PM? Onar  yang Tun Mahthir ujudkan terhadap Najib mutakhir ini sangat mengaibkan Najib dan Umno itu sendiri

Tidakkah mahathir sedar mungkin tragedi yang sama akan terjadi pada tokoh proxcy yang Mahathir dan regunya sedang angan-angankan itu? Bla bersangkutan dengan soal maruah diri?Najib kini orang nomber satu di dalam Malaysia dan menjadi anak murid Mahathir semasa Mahathir berkuasa.

Sebagai anak murid yang sama di dalam satu kabinet? Segala tindak tanduk Mahathir memusnahkan musuh-musuh politiknya? Masih berada segar bugar di dalam  hati nurani Najib.

Hanya menunggu masa aje untuk Najib bertindak demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara,sekaligus demi untuk melindungi diri beliau dan parti Umno sedang dicabar ganas oleh golongan yang datangnya dari Umno juga.Musuh  di dalam selimut? Kesabaran itu ada hadnya.

Mahathir dan regunya boleh merancang itu dan ini?,Tetapi perancangan dari Allah swt itu akan menjadi penentunya.Terutama jika rancangan kita itu sarat barat dengan perasaan hasad dan dengki.Allah swt tidak akan mengizinkan rancangan dan tindakan degki anda itu?

Mahathir harus ingat! Tun Razak-lah (bapak Najib) yang menerima Mahathir semula berada di dalam Umno hingga Mahathir berjaya jadi PM Malaysia 22 tahun lamanya  iaitu setelah ditendag oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,,Perdana Menteri Pertama Malaysia.

Budi orang harus dikenang jangan dilupakan dari pandangan dan juga dari ingatan.( Posted by abnmulya  / Haji Abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1501 hrs on April 17,2015.

No comments: