Sunday, April 5, 2015

Nik Abduh pegang amanat arwah bapa

SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH:
 06 April 2015 2:05 AM 

PUTRAJAYA 5 April - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui yang beliau turut menerima amanat daripada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mewujudkan hubungan baik dengan UMNO bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Beliau berkata, sebelum Mursyi­dul Am Pas itu meninggal dunia, Allahyarham Nik Abdul Aziz berpesan kepadanya supaya kerjasama dapat dilakukan antara Pas dengan UMNO dalam usaha memartabatkan agenda Islam. 

Ekoran itu katanya, tidak mustahil bapanya turut menyampaikan amanat yang sama kepada Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah supaya kerjasama dapat dijalinkan antara kedua-dua pihak bagi pelaksanaan hukum hudud. 

 “Saya setuju dengan pesanan yang diberikan kepada Mohd. Amar sebab pesanan itu juga diberikan kepada saya. Ayah pun sebut begitu tetapi ja­ngan salah faham ini bukan kerjasama Pas dengan UMNO dalam semua isu. 

“Saya akui ayah cakap sendiri di depan saya bahawa untuk melaksanakan hudud dan apa-apa agenda Islam kita boleh bersama dengan UMNO demi membawa agenda Islam lebih baik,” kata­nya.

Beliau berkata demikian selepas meras­mikan Mesyuarat Agung Pas kawasan Putrajaya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan itu yang menerima amanat daripada Allahyarham Nik Abdul Aziz beberapa hari sebelum meninggal dunia supaya tidak mengkritik UMNO kerana pihaknya perlu berurusan dengan parti tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Mohamad Abduh berpendapat persetujuan yang diberikan oleh bekas Menteri Besar Kelantan itu adalah hasil daripada lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke atas Allahyarham Nik Abdul Aziz sebelum ini.

Katanya, dalam lawatan itu UMNO berjanji untuk menyokong pelaksanaan hukum tersebut. “Kedua-dua mereka ada menyebut janji UMNO untuk menyokong, jadi ayah minta Mohd. Amar dan beritahu saya supaya uruskan hudud ini bersama UMNO dengan baik.

Jangan buat sesuatu hingga UMNO memberi alasan tidak menyokong. “Dalam isu ini apabila UMNO membuat jaminan secara rasmi untuk menyokong, kita berharap UMNO terus beristiqamah.

UMNO sudah banyak kali langgar dan kali ini kita minta parti itu beristiqamah sampai waktu mengundi di Dewan Rakyat nanti,” ujarnya.

Atas sebab itu katanya, Allahyarham Nik Abdul Aziz menyokong segala langkah yang dibuat oleh kerajaan Kelantan termasuk pembentukan jawatankuasa teknikal bagi memastikan ahli Parlimen kerajaan negeri dan Pusat terus be­ristiqamah dalam perjuangan me­laksanakan hudud.

Menyentuh isu hubungan antara Pas dengan rakan sekutunya, DAP dalam pakatan pembangkang, beliau menegaskan, masalah tersebut berpunca daripada DAP sendiri dan bukan Pas( Utusan online).Posted by abnmulya / Haji Abu Bakar NInggal.bnlogspot.com.at1304 hrs on April 06,2015.
.

No comments: