KUALA LUMPUR 2 April – Syarikat pembangunan strategik yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diberikan lebih masa bagi membuktikan kemampuan dan mampu bersaing dengan syarikat lain.
![]() |
Mohd Salleh Said Karuak |
Katanya, selepas lebih 40 tahun ditubuhkan, Temasik Holdings memberi keuntungan dan telah melabur dalam semua sektor ekonomi di negara itu dengan keseluruhan portfolio lebih daripada RM600 bilion.
“Adalah tidak adil membuat penilaian negatif terhadap penubuhan 1MDB sedangkan syarikat itu masih baharu dan memerlukan masa untuk membuktikan sesuatu.
Lihat sahaja kepada Temasik Holdings yang melabur sebanyak RM65 bilion tahun lalu dan kemudian, menjualnya pada RM27 bilion.
Adakah pelaburan syarikat itu disifatkan buruk jika dibandingkan dengan jumlah pelaburan yang dilakukan oleh kerajaan Singapura?,” katanya dalam kenyataan melalui laman blog beliau di ht
Beliau mengulas kritikan terbaharu Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi blog rasminya, chedet.co.cc.
Antara kritikan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu ialah berkaitan IMDB dan pembelian jet peribadi untuk kegunaan Perdana Menteri.
Mengenai kritikan Dr.Mahathir berhubung pembelian jet peribadi untuk kegunaan Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong,
Mohd. Salleh berkata, Cawangan Khas sudah memberi amaran Malaysia berhadapan risiko serangan pengganas khususnya daripada puak militan Negara Islam (IS) dan jika benar, soal keselamatan Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipandang ringan.
Mohd. Salleh berkata, Cawangan Khas sudah memberi amaran Malaysia berhadapan risiko serangan pengganas khususnya daripada puak militan Negara Islam (IS) dan jika benar, soal keselamatan Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipandang ringan.
“Oleh itu sudah tentu ia memerlukan pengangkutan yang sesuai dan efisien untuk Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong.
Soal keselamatan tidak boleh dinilai dengan wang. Sudah tentu keselamatan melibatkan kos dan ia sama seperti negara-negara lain di seluruh dunia, terutama ketika situasi sekarang,” katanya sambil menyenaraikan jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk menjaga keselamatan Presiden serta Perdana Menteri negara tersebut.( Utusan online).Posted by abnmulya / Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com a 1503 hrs on April 03,2015.
No comments:
Post a Comment