Sedia sampaikan penerangan ke akar umbi
10 April 2015 2:08 AM
KUALA LUMPUR 9 April – Wanita UMNO berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung segala isu berbangkit dan bersedia untuk menyampaikan penerangan itu kepada masyarakat akar umbi.
Dalam perjumpaan khas Perdana Menteri bersama barisan Exco Wanita UMNO, Ketua Wanita UMNO negeri dan Ketua Wanita UMNO bahagian itu, segala kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dijawab oleh Najib.
Menurut Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari, Perdana Menteri telah meletakkan pendirian bahawa beliau tidak akan berpaling daripada tanggungjawab kepada rakyat dan parti.
“Kami berpuas hati kerana semua persoalan yang dibangkitkan Tun Dr. Mahathir telah dijawab oleh Datuk Seri Najib.
“Justeru, kami akan memberikan sokongan tidak berbelah kepada Datuk Seri Najib yang juga telah mendapat mandat daripada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas itu di sini hari ini.
![]() |
| Add caption |
“Dalam isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kes berkenaan telah pun melalui mahkamah dan Datuk Seri Najib juga telah bersumpah di masjid yang beliau tidak mengenali wanita itu.
“Malah, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak akan memberikan laluan kepada Datuk Seri Najib sekiranya beliau tidak yakin,” katanya.
Katanya, kejujuran Najib dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu pembelian pesawat juga dapat dilihat apabila perkara itu dijawab secara terbuka tanpa berselindung.
Dalam pada itu, seorang lagi Exco Wanita UMNO Datuk Abdul Rashid Sirin berkata, pergerakan itu akan tes menjadi benteng mempertahankan kepimpinan Najib."Penjelasan ringkae namun padat.Kami kini sudah sedia untuk memberi peneanga kepada akar umbi agar masyarakat tidak keliru lagi," katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji bakar ninggal.blogspot.com. at 8.27 am on April 10,2015.


No comments:
Post a Comment