Wednesday, May 6, 2015

Keputusan ( PRK) Parlimen Rompin merupakan signal nyata bahawa orang- orang Melayu masih sayangkan Najib dan parti Umno



Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Rabu, Mei 06,2015 @ 6.12 pm.

Sesungguhnya bahawa keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Rompin yang telah usia semalam. Calon Umno dapat  23,796 undi menakala lawannya dari Pas memperolehi 14,901 undi.Majoriti undi 8,695.

Keputusan tersebut di atas bolehlah dikatakan ia merupakan satu isyarat yang kuat lagi tegas bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno dan sebagai Perdana Menteri Malaysia,sangat-sangat diperlukan oleh orang-orang Melayu di Rompin khasnya.
Datuk Seri Najib TUn Razak.
Sekaligus ia juga merupakan satu sikap yang sangat tegas yang telah dipamirkan oleh rakyat Rompin itu sendiri kepada musuh-musuh politik Datuk Seri Najib terutamanya pada Mahathir Mohamad dan konco-konconya yang mana mutakhir ini dilihat saban hari sering membuat penilaian dan serangan yang negatif berhubung dengan kepimpinan Datuk Seri Najib.

Sikap melampau membenci Datuk Seri Najib yang telah dorbitkan oleh Mahathir dan konco-konconya itu bolehlah dikatakan sangat negatif sifatnya dan sangat disedihkan? 

Sebab Mahathir itu orang Umno dan Datuk Seri Najib pun orang Umno juga. Umno hentam Umno mana ada betul? Itu tidak betullah..Macam buka pekong di dada sendiri. Ibarat perbuatan meludah ke langit? Ujung-ujungnya? Air ludah itu jatuh semula ke muka si peludah itu sendiri. 
Hasan Arifin bersama  ahli keluarga selepas diumumkan berjaya menang Pilihan Raya Kecil (PRK)di Parlimen  Rompin,di Romping,Pahanag malam tadi. ( foto Utusan Mahathir Ali).

Sesungguhnya kata nesta yang diorbitkan  oleh Mahathjir dan klonco-konconya itu telah ditolak oleh rakyat Rompin secara rasmi dan secara terang-terangan menerusi (peti undi) demokrasi di dalam (PRK) Parlimen Rompin.

Hasilnya? Maka  calon Umno Datuk Hasan Arifin menang menewaskan pencabarnya dari PAS dengan mendapat majoriti undi hampir 9000 undi banyaknnya.

Keputusan ini bukanlah satu majoriti yang kecil jumlahnya walau pun kurang daripada yang telah diperolehi oleh Allahyarham Jamaluddin Jarjis,pada PRU ke-13 pada 5hb.Mei 2013 dulu itu.
Datuk Ssri Hishamudin Hussin

Persoalannya Umno bukan menang dengan majorit hanya degan 5 atau 10 undi sahaja.

Malah dengan beribui-ribu jumlah undi majoritinya WALAUPUN dalam keadaan Datuk Seri Najib dan Umno itu sendiri sedang dilanyak lumat oleh para musuh politiknya saban hari menerusi media sosial pro-pembangkang dan sebagainya.

Justeru itu,segala reaksi negatif dan cakap-cakap orang yang mengatakan bahawa Umno telah kehilangan majoroit hampir separuh yang telah dimiliki oleh Allahyarham Jamaludin Jarjis itu? Tak usah dipedulikan.

Yang penting kita ( Umno)dah menang.Tak usah di ambil pot,( tak usah diambil kisah) tentang kata-kata negatif itu.

Memeng dah jadi lumrah alam. Kata-kata negatif oleh orang yang telah kalah di dalam sesuatu pertarungan. Mereka akan orbitkan kelemahan-kelemahan  orang lain aje.

Sedangkan kelemahan mereka itu sendiri? Mereka sorok-sorok (sembunikan) aje untuk menjadi bahan penglipur lara pada hati mereka yang telah kecewa dan sedih itu.Siapakah yang tidak akan sedih jika kalah di dalam sebarang pertarungan politik.Jika orang kalah ketika menyabung ayam pun? Tentu akan sedih.?

Persetankan dengan cakap-cakap mereka  itu.Yang menjadi isu? Kini Umno dan calonnya telah mendapat kemenangan gemilang di Parlimen Rompin. 

Itulah yang menjadi hasrat dan kebanggaan kepada sesuatu parti yang terlibat di dalam sesuatu Pilihan Raya.Matlamat yang diidam-idamkan telah dikabulkan oleh Allah swt., Yang Maha Berkuasa.

Bersyukurlah kepada Allah swt., yang telah mengizinkan calon Umno dah menang di Parlimen Rompin itu.
Ketua Pemuda,Khairy Jamakuddin Abu 
Bakar pun terlibat cergas pada kempen (PRK)
 di Parlimen Rompin,Pahang.
Hendaknya,beramai-ramailah mengangkat tangan menyatakan kepada Yang Maha Berkuasa, melafaskan perkataan syukur Alhamdulillah... kepadaNya  yang telah memberi kemenangan pada calon Umno itu.

Ucapan tahniah harus diberikan kepada rakyat Rompin yang telah mengambil keputusan yang bijaksana memilih calon Umno.

Ucapan tahniah juga harus diberikan kepada Datuk Seri Hishamuddin Hussin sebagai Pengarah Penyelaras Pilihan Raya di Rompin itu.

Juga,tak lupa tahniah diucapkan kepada Menteri-menteri dan tokoh-tokoh pemimpin Umno yang lain dan juga semua tenaga-tenaga kerja yang lain-lain yang telah bertungkus lumus bekerja keras,siang dan malam, ketika kempen-kempen  PRK itu sedang dijalankan di Rompin hingga menghasilkan kejayaan gemilang 

Kini kerja-kerja kempen PRK di Rompin dah (USAI) dah tamat dah.Justeru itu seleuruh tenaga kerja yang berada di Rompin itu? Harus segera berpindah  segera ke Parlimen Permatang Pauh pula.Berdepan dengan satu lagi pertarungan politik yang sangat penting buat Umno.

Semoga dengan segala doa-doa yang telah dipanjatkan oleh pejuang Umno ke hidrat Allah swt.,  dan doa-doa itu akan dikabulkan oleh Yang Maha Berkuasa atas sesuatu yang anda pohoni.

Penulis doakan semoga Calon Umno akan mendapat kemenangan yang gemilang juga si arena pertarungan politik,di Parlimen Permatang Pauh itu.Jika Umno menang di sana? Wah duh!

Bererti Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Najib telah berjaya melakar satu sejarah gilang gemilang di (PRK) di Parlimen (Permatang Pauh) di hari esok,bersamaan pada tanggal (07/05/2015).

Kita semua telah maklum bahawa di Parlimen Permatang Pauh itu,sejak tahun 1999 hingga ke PRU-13 dan hingga kje hari ini pada 07 hb.Mei 2015 telah dan sedang dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR),sebuah parti yang menjadi ahli gabungan "Pakatan Rakyat".

Jika Umno menang? Sekaligus akan berubahlah landskape politik yang telah dilakarkan oleh Umno di mata rakyat terutama khususnya di kaca mata Mahathir Mohamad serta konco-konconya? 

Ternyata orang-orang politik muda yang sering di (under estimate) oleh Mahathir Mohamad dan konco-konconya itu?

Dengan izin Allah swt. Yang Mah Berkuasa. Rupa-rupanya tokoh-tokoh politik muda di dalam Umno? Kini juga mampu dan boleh buat lebih baik,lebih bagus lagi dari orang  politik vetran seperti Mahathir Mohamad dan konco-konconya. 

Amin-amin Ya Allah,amin-amin Ya Rahman,amin-amin Ya Rahim!  (posted by abnmulya  / Haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1812 hrs on Mei 06,2015.

1 comment:

zool said...

Admin tumpang sekejap yer...
Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
elaun : rm1200/sem
yuran : rm200/sem
https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh