Wednesday, June 3, 2015

Dewan Ulama mahu Abdul Hadi kekal Presiden Pas

03 Jun 2015 12:03 PM 
Datuk Dr.Mahodz Mohamad


KUALA LUMPUR 3 Jun - Dewan Ulama Pas memberi isyarat jelas menyokong mandat Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden parti diperbaharui dalam pemilihan tahun ini.

Pemangku Ketuanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, semua pemimpin dan ahli Pas mesti memperbaharui mandat kepemimpinan yang boleh bergerak bersama-sama nakhoda bahtera ke arah memacu kejayaan yang sebenar.

Pada masa sama, beliau kesal dengan tindakan segelintir pemimpin Pas yang tidak mempertahankan serangan Abdul Hadi daripada serangan sekutu-sekutu parti itu dalam pakatan pembangkang.

“Sangat malang apabila ada kalangan ahli dan pimpinan yang bersekongkol mengiyakan tohmahan rakan kerjasama politik lalu menjadi duri dalam daging melemahkan bahtera yang sedang belayar,” katanya ketika menyampaikan ucaptama dalam Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Kali Ke-54 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di sini hari ini..(Utusan online).Posted by abnmulya /Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1638 hrs on June 03,2015.

No comments: