Friday, June 5, 2015

Kata penganalisis kangkong: Najib tak hadir ke majlis forum "nothing to hide"kononnya memalukan,merosakan "reputasi Najib" yang tak mampu diselamatkan..




Sabtu,Maya 06,2015 @ 1.38pm.

KETUA polis negara (KPN) Tan Sri Khalid  Abu Bakar semalam telah menegaskan  bahawa keputusannya membatalkan majlis forum "nothing to hide" yang sepatutnya dihadiri Perdna Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dilakukan kerana ancaman keselamatan serius.

Tan Sri Khalid  Abu Bakar (KPN).

Katanya,selepas meneliti segala maklumat diterima beliau lantas beliau membuat keputusan membatalkan acra itu meskipun Perdana Menteri tidak gembira dengan saranannya itu.


Khalid juga menafikan bahawa keputusan untuk membatalkan forum yang mempunyai kaitan politik.

Bahawa keputusan yang belaiau amabil selaku (KPN) itu tidak diarahkan oleh sesiapa pun. Semata-mata atas kapasitinya sebagai (KPN) Malaysia menggunakan kuasa yang ada di tangannya untuk membatalkan majlis forum "nothing to hide" itu demi menjaga ketenteraman negara ini.

Jika kita analisa secara teliti  kenyataan yang telah dibuat oleh KPN itu? Ternyata bahawa majlis forum "nothing to hide" itulah yang menyebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir ke majlis itu atas nasihat KPN yang telah dapat maklumat ada ancaman dua golongan yang bertentangan akan membuat kacau bilau di majlis tersebut.

Malangnya? Di hari ini menerusi portal The Malaysian Insider penulis lihat ada seorang penganalisis politik ( tak payah disebutkan namanya) ada menulis dan tulisannya itu telah disiarakan pada pagi ini bersamaan (06/06/2015) pada jam 7.04 pagi.

Dalam konteks Datuk Seri Najib tidak hadir ke majlis forum "nothing to hide "itu? Maka penganalisis itu mengambl kesimpulan bahawa ketidak hadir Datuk Seri Najib ke majlis tersebut (tidak disebutnya atas nasihat polis) dikatakan oleh penganalisis itu sebagai "memalukan" Datuk Najib.

Sekaligus kononnya boleh merosakkan nama baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib,di dalam dan di luar negara. Kononnya REPUTASI  Datuk Seri Najib tidak mampu di selamatkan? 

Bagi saya pendapat ini karut dan sunggu dangkal,macam tulisaan anak-anak kecil yang baru nak bel;ajara membuat analisis politik.Kalau profesor ia boleh digelar profesor kangkong. Jika penganalisis? Juga boleh digelar penganalisis kangkong.
Polis yang bertanggung jawab tentang keselamatan di Dewan
Tun Husin Onn itu tidak akan mematikan swiss pembesar
suara itu? Jika Mahathir tak bercakap tenatang isu yang
sensetif di dalam dewan itu?
NILAINYA MACAM PENGANLISA KANGKONG.

Membaca analisis politik ini? Saya merasa sangat hairan dan taraf analisinya itu lebih teruk dari penganalisis kangkaong. Langsung tak punya hujah yang logik dan berfakta.

Penganalisis ini nampaknya lebih suka keadaan hura-hara timbul di majlis forum itu berbading dengan nasihat polis yang tidak membenarkan Perdana Menteri hadir demi keselamatan?

Selepas tregedi pembatalan majlis tersebut?Datuk Najib sendiri telah menegaskan b ahawa beliaua bersedia hadir di dalam majlis yang sama tajuknya, di lain masa dan di mana sahaja jika penganjur (sukaguam) masih nak meneruskan progremnya yang sama itu.

Tetapi dalam suasana dan keadaan yang lebih codusive ( selesa) tidak terjadi suasana yang tegang seperti mana telah terjadi pada (05/06/2015) di Dewan Tun Husin On,di Bangunan PWTC K.Lumpur.

HADIRIN SECARA LIAR MEREMPOH PINTU SEKATAN

Tidakkah penganalisis itu lihat gambar-gambar yang telah disiarkan oleh TV tempatan berulang kali itu dengan jelas dapat dilihat bahawa hadirin yang hadir di majlis itu semacam telah jadi liar, macam orang disampuk histeria lagaknya,terus merempuh pintu sekatan yang diadakan oleh penganjur majlis tersebut? Polis telah pun menahan beberapa orang yang telah membuat  onar itu?

Ini menunjukkan dengan nyata bahawa bibit-bibit pergaduhan telah dapat disaksikan.Jika polis tidak membatalkan acara majlis forun itu dan sekaligus polis menasihatkan Datuk Seri Najib jangan  hadir demi keselamatan dan kenteraman antara dua golongan bertentangan yang hadir dapat dipelihara.

Saya pun tak faham analisis yang serupa ini nilainya? Masih dapat tempat di ruangan portal The Malaysia Insider yang begitu gah namanya di antara portal-portal blog tempatan. Siarkanlah sesuatu di mana analisisnya itu bernilai,berfakta yang ada manfaat pada pembaca yang membacanya. 

Bukan siarkan tulisan-tulisan bahawa si penulis itu sendiri semacam tidak faham apa sebenarnya yang depa tulis. Main hentam keromo aje.Tak usahlah siarkan analisis yang bertaraf penganalisis kangkong itu.

Akan memalukan The Malaysia Inisder itu sendiri ?Semacam tidak punya integriti ketika membuat penilaian tulisan itu sebelum disiarkan untuk bacaan umum.(Posted bya abnmulya  /Haji Abu bakar Ninggal.blogspot.com.at 1338 hrs on June 06,2015

No comments: