Wednesday, June 3, 2015

Kemenangan Dewan Ulama.Kemenangan Nik Abduh.Signal nyata Ahmad Awang dan Mat Sabu akan kecundang?

Kedua-duanya dah pakai cermin mata.Misai dan jangut sama putih.Tetapi nasib siapa yang lebih baik nanti? Hanya Allah aje yang Maha Mengetahuinya? Lawan tetap lawan..Menang atau kalah adat pertandingan. Kalau takut dilambung gelombang? Janag berumah di tepi pantai?



Khamis,May 04,2015 @ 1.22 am.

PADA hari ini iaitu, pada hari Rabu,tanggal 03 hb.Mai 2015 parti PAS telah selesai membuat pemilihan jawatan-jawatan di Dewan Ulama Pas dan jawatan-jawatan di Dewan Pemuda Pas bagi kali ke-54 sayap berkenaan,bertempat penggal 2015 hingga 2017 bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM).


Datuk Dr. Mahfodz Mohamad telah dilantik sebagai ketua yang baru bagi Dewan Ulama Pas. Sementara Encik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Azizi telah berjaya merampas jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas dari penyandang kerusi Dewan Pemuda  itu Sdr. Suhaizan Kaiat.
Jangan susah hati Ustaz!! Kemenangan memang
 dah berada di ambang tingkap. Tunggu
pengumuannya aje dah......

Manakala sayap Dewan Pemuda Pas pula telah melangusngkan Muktamarnya bagi kali ke-56,di Dewan Jubli  Perak, di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah,Shah Alam,bagi penggal 2015 hingga 2017.

Mohd Abduh mendapat undi sebanyak  429 dari perwakilan Muktamar.
Sementara Sdr.Suhaizan Kaiat.( penyandang) hanya mendapat sebanyak 262 undi dari perwakilan Muktamar dari sayap Dewan Pemuda Pas itu sendiri

Ertinya Mohd Abduh yang dulunya hanay sebagai AJK sahaja,tetapi berjaya merampas kerusi tersebut dengan majoriti undi sebanyak 167 undi.Satu majorit yang selesa juga.


Satu keputusan yang cemerlang yang memang telah dijangkan lebih awal lagi kerana beliau dilabelkan sebgaia tokoh politik muda yang pro-ulama dan cara politiknya  dengan Presiden Parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sehala dengan ketara sekali.
Ooi Che Mat...mempertahakan jawatan yang
di sandanag itu? Lazimnya lebih sengsara ketika
anda memilikinya dulu itu. Justeru itu mesti
sedia kerja kuat ya!! 

Jika Hadi Awang menghentam ketidak sopannya Kait Siang dan anaknya Guan Eng menghentam Hadi Awang?

Mohd Abduh penulis lihat akan menghentam semula Kit Siang dan Guan Eng tanpa segan dan silu lantas secepat kilat membela ketua partinya iaitu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Tidak macam Ahmad Sabu dilihat tidak sekali menyebelah Presidennya.Malah bermati-matian mempertahankan kenyataan Kit Siang dan Guan Eng walauppun didapati menghentam Presiden Pas semahu-mahunya.

Mesti ada rahsia yang tersembunyi kenapa Ayam Sabung Pas itu? Tiba-tiba kebelakang ini dilihat melebihkan sudu dari kuahnya? Oarng-orang Pas di kebanyakannya kawasan sungguh meluat melihat gelagat Mat Sabu akhir-akhir ini. 

Itulah sebabnya Mat Sabu dapat jumlah pencalonan dari kawasan Bahaghian Pas di seluruh Malaysia terlalu kecil bilangannya? Lazimnya? Jika kita ini terlalu banak cakap? Maka banyaklah salah silap yang akan di dengar oleh orang secara tidak kita sedari segala yang kita cakap-cakapkan itu?


Salahuddin Ayob pun mempertahankan
kerusi Naib Presiden
Justeru itu peluang beliau untuk terus mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang sedang disandangnya itu dipercayai akan terbang melayang macam nasib yang telah menimppa ke atas Suhaizan Kaiat.

MAKA peluang tuan Ibrahim Tuan Man untuk merampas kerusi Timbalamn Presiden Pas dari tangan Mat Sabu itu?


Sesungguhnya berani penulis katakan sangat mudah dan kacang aje.


Kini,saat dan ketika Mat Sabu sesuka hati buat kenyataan politik menghentam Presiden Pas dan dasar-dasar Pas di bawah pimpinan Haji Hadi Awang dah tamat ?

Bolehlah diandaikan semuanya sudah tertutp rapat dan tiada ruangan lagi. Mat Sabu mesti mencari platform baru di dalam parti lain bukannya di dalam Pas.


Mampukah Husam mempertahakan kerusi
Naib Presiden yang sedang disandangnya
itu?
Penulis rasa DAP  sangat berminat untuk menerima Mat Sabu masuk ke dalam DAP  dan sudah tentu Mat Sabu akan diangkat jadi Pegawai Penerangan DAP dari kaum Melayu? 

Ini tak mustahil? DAP memang mahu tokoh politik Melayu yang pandai berpidato? Jadi alat propaganda parti DAP. 


Marilah sama-sama kita tunggu dan lihat. Muga-muga penghijrahan Mat Sabu jadi kenyataan?

TENTANG USTAZ AHMAD AWANG?

Jika kita nak memperkatakan tentang peluang Ahamad Awang yang mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu? 

Memang susah nak cakap.Ahmad Awang sahabat baik dengan Nizar bekas Menteri Besar Pas Perak.Tiba-tiba aje nak lawan Hadi Awang. Kehadiran beliau di dalam pertanding jawatan Presiden Pas itu menimbulkan seribu tanda tanya??


Bolehlah dikatakan semacam calon bidan terjun dan boleh dikatakan tidak punya persiapan yang cukup lagi tidak teratur untuk menumbangkan Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Semata-mata mengharapkan pertolongan dari kawan yang memujuk beliau melawan Hadi Awang agar jawatan Presiden Pas itu tidak boleh dimenangi oleh Hadi Awang sebulat suara tanpa ada pertanding.Tanpa ada yang mencabarnya.

Mengikut amalan demokrasi  yang menjadi amalan parti-parti di Malaysia ini? Ahmad Awang memang dibolehkan mencabar sesiapa sahaja bukan setakat Hadi Awang aje.Memanag tak salah pun dan tak menyalahi sebarang undang-undang pertanding mengikut amalan demokrasi..
Mampukah Mahfuz Omar 
mempertahankan jawatan Naib 
Presiden?

Tetapi apa gunanya bertanding jika tanpa persediaan dan tanpa pergerakan yang tersusun rapi? Hanya merosakkan nama baiknya sahaja di dalam Pas yang mana pernah menyandang jawatan Naib Presiden Pas suatu masa dulu.Jawatan nombnor tiga di dalam susunan hariki parti Pas.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini adalah tokoh politik bertaraf nasional dan international tersohor 


Dengan kata lain beliau merupakan tokoh Ulam besar yang berlatar belakangkan ilmu syariah yang tinggi yang dipunyai. 

Masakan para perwakilan Muktamar Pas tahun 2015 ini akan menolak Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbanding dengan Ustaz Ahamd Awang?

Datuk Seri Abdul Hadi Awang-lah pada firasat penulis Insya Allah akan jadi pilihan utama bagi para perwakilan Pas pada hari Khamis ini (04/06/2015)oleh Perwakilan Pas pada Muktamar Pas pada kali ini.


Marilah sama-sama kita lihat? Musuh Kit Siang dan Guan Eng.Kit Siang dan Guan Eng hjarus belajar jangan cuba-cuba (under estimate) kebolehan golongan Ulama. 

Insya Allah,Tuan Guru Haji Hadi Awang akan menang tanpa ragu-ragu lagi dalam mempertahankan kerusi presidennya itu mengikut firasat penulis? 

Isyaratnya ( signal) telah ditunjukkan pada keputusan pemilihan AJK sayap Dewan Ulama,pada sayap Dewan Pemuda dan pada sayap Dewan Muslimat  Pas yang mana secara terang-terangan telah menunjukkan perpaduan dan kekuatan sikap dengan menolak golongan sekular pada Muktamar PAS tahun 2015 ini. 

Golongan sekular benar-benr telah diberi pelajaran secara total agar jangan hanya mengejar duniawi, sebaliknya lupa tanggung jawab terhadap Allah swt dan RasulNya.

Ahamd Awang kawan baik yang baru bagi Kit Siang dan Guan Eng yang diharakan akan jadi papet mereka itu? TERNYATA peluang untuk menang sangat tipis.Tipisnya sama macam kulit bawang.


Percayalah..Kit Siang dan Guan Eng akan terpinga-pinga ketika mendengar pengumuman itu nanti..Jangan fikir bahawa golongan para ulama ini kononnya tak tahu berpolitik? 

Ulama-ulama zaman silam telah b erjaya menakluki (tiga suku) negara di dunia ini di zaman keagungan Islam di bawah piinan 4 Khalifah Islam  iaitu Abu Bakar Siddiq,Umar Al-Khattab,
Saidian Osman dan Saidina Ali.Kemudian disambung oleh ulama-ulama yang lain selepas itu.

Orang-orang Melayu Islam akan cair, jika orang-orang yang berhijarah ke negaranya, berkawan dengannya terutama dari kaum yang bukan Melayu,jika pandai bersopan santun,tidak biadap,tahu bezakan di antara yang tua dan yang muda.

Orang-oramg Melayu senang menerimanya dengan hati yang terbuka menjadi rakan apa sahaja pakatan yang ditubuhkan.

Itulah taktik dan diplomasi yang telah di amalkan oleh para penjajah,British,Belanda dan Purtugis dulu-dulunya sehingga mereka dapat menjajah Persekutuan Tanh Melayu berabad-abad lamanya.

Jika berkawan ,bersahabat tak pandai berbudi bahasa,tak tahu hormat orang tua-tua dan cuba nak herdik orang-orang Melayu dan sebagainya? 

Maka dengan tidak segan dan silu mereka akan bangkit lebih hebat,lebih tangkas lagi, menentangnya dengan segala kekuatan yang diberikan oleh Allah swt.,.Membujur lalu melintang patah.

Segala musuh di depan akan habis dimusnahkannya dengan berkat kalimah agong iaitu Allah HuAkbar! Allah HuAkbar! Allah HAkbar!

Hakikat ini, harus difaham oleh Kit Siang dan Guan Eng dan Setiauasah Agong DAP,Tony Puah dan lain-lain lagi yang dilihat selalu kasar bahasa dan biadab ketika mengeluarkan kenyataan terhadap para pemimpin PAS. 

Jika Ahmad Awang kalah? Tetapi tak apa...jika  kalah pun? Nama Ahmad Awang dah pun tercatat di dalam sejarah Muktamar Pas tahun 2015 ini, sebagai seorang hero yang berani jadi pencabar utama jawatan presiden  parti PAS? 

Akan Tetapi malangnya tewas di tangan Tuan Guru Hadi Awang,Insya Allah!!!(Posted bya abnmulya  /haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1.22 am on June 04,2015.

No comments: