PULAU PINANG 11 Jun – DAP dicabar mengosongkan jawatan yang disandang ahlinya di negeri yang dikuasai pembangkang terlebih dahulu sebelum menekan wakil Pas supaya berbuat demikian di negeri ini.
![]() |
Rahmad Isahak |
Menurut beliau, ini berikutan pelantikan tersebut bercanggah dengan surat yang dikeluarkan Pertubuhan Pendaftar (ROS) hujung 2013 yang melarang pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP membuat keputusan membabitkan parti.
"Keputusan meletakkan jawatan itu perlu diambil DAP sekiranya parti tersebut mempunyai maruah seperti yang sering dicanang mereka selama ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan DAP yang berterusan menekan wakil Pas dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang supaya meletakkan jawatan selepas Muktamar Pas meluluskan tanpa bahas usul Dewan Ulama yang menggesa parti itu dan Majlis Syura Ulama memutuskan hubungan dengan DAP baru-baru ini.
Malah, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini turut menyifatkan keengganan kepemimpinan baharu Pas mendesak ahli mereka berbuat demikian sebagai memalukan.
Rahmad berkata, surat berkenaan masih berkuat kuasa malah semakan pihaknya mendapati DAP masih disiasat ROS walaupun sudah memasuki tempoh dua tahun. Di negeri ini, tambah beliau, terdapat lebih 20 Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) daripada wakil DAP yang dilantik melalui keputusan parti berkenaan dan kini bertindak sebagai pembuat dasar di peringkat kerajaan tempatan.
No comments:
Post a Comment