Tuesday, July 28, 2015

Penyokong Kabilah harus menyokong ketua kabilah.Pemimpin kabilah nombor 2 jangan jadi lebih sudu dari kuahnya.





Selasa,July 28,2015 @6.30 pm.


SESEBUAH parti politik itu atau apa sahaja jenis pertubuhan yang diwujudkan di dalam Malaysia ini memerlukan Ketua Kabilahnya dan Ahli -Ahli Jawtankuasanya.  Ketua Kabilah berserta denganb Ahli Jawatan Kuasanya telah selesai dipilih oleh mesyuarat agung sesebuah kabilah itu sendiri.
Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri
Malaysia yang ke -6.
Yang belum selesai ialah kerja-kerja untuk melakaksanakan dasar-dasar sesebuh kabilah itu demi untuk memberi manfaat kepada semua anggota kabilahnya( rakyat) yang berjuta-juta orang ramainya itu dari impian kemudiannya dijelmakan jadi kenyataan yang hakiki.
Ada kalanya sesebuh kabilah itu dalam masa 3 tahun sekali buat pemilihan ketua dan AJK yang lain.

Ada juga sesebuh kabilah itu buat pemilihan para pemimpinnya 2 tahun sekali dan sebagaianya.

Jika ada masalah yang terdesak maka ditangguhkan beberapa bulan kemudiannya.
Setelah dilantik seseorang itu sebagai Ketua Kabilahnya?

Maka para penyokong kabilah itu harus taat dan setia pada ketua kabilahnya itu tidak terkecuali pada ketua kabilah nombor 2 dan nombor 3 atau sebagainya.
Jika ada perasaan yang sedikit tidak begitu setuju dengan tindakakan ketua kabilahnya itu? 

Al-maklumlah selaku insan biasa lazimnya memang tidak lengkang dengan kesalahan dan kesilapan.Bumi mana yang tidak ditimpa hujan? Lautan mana yang tidak bergelombang?

Untuk menyelesaikan pendapat yang berlainan itu? Mengikut etikanya? Anda harus membuat pertemuan demi pertemuan dan berbincang dari hati ke hati dan segala hasil perbincangan itu adalah menjadi rahsia demi kebaikan kabilah itu sendiri dan sekaligus demi nama baik para pemimpin kabilah itu sendiri.

Dengan kata lain? Jangan diheboh-hebohkan di dalam sebarang majlis terbuka dan mass media dan sebagainya jika wujud sedikit masalah dalaman kabilah.
Ertinya setiap anggota kabilah itu tetap hormat antara satu dengan yang lain terutama pada ketua kabilahnya itu demi menghormati etika berkabilah dan perpaduan di dalam  kabilah.

Jika ada orang luar yang cuba mengkritik ketua kabilah atas sebab yang tidak sahih?
Maka jadi kewajipan ketua kabilah nombor 2 itu berserta bersama-sama AJK-AJK yang lainnya sekuat tenaga mempertahankan Ketua nombor satunya itu dalam apa-apa sahaja isu yang timbul yang kurang baik yang telah diorbitkan oleh orang luar.

Lazimnya isu-isu yang diorbitkan oleh orang-orang luar itu? Rata-rata berpunca dari rasa iri hati,dendam kesumat ataupun disebabkan kehendak peribadinya tidak dilayan oleh Ketua Kabilah anda..Maka marahlah mereka lantas berdendam dengan melontarkan berbagai fitnah untuk merosakkan nama baik ketua kabilah itu.

Keharmonian yang wujud dalam kabilah anda itu harus dijaga sebaik-baiknya dan hasutan dari orang luar yang pandai mengadu domba dan sebagainya harus ditentang sekuat tenaga.
Begitulah saharusnya berlaku di dalam Umno dan di dalam kerajaan Barisan Nasional (BN)di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ynag menjadi ketau kabilah parti Umno.
Tan Sri Muhyiddin Yassin,bekas Timbalan
Perdana Menteri
Umum(rakyat) dah maklum bahawa dalam isu skandal 1MDB tanpa bukti yang sahih ini? 

Datuk Seri Najib telah difitnah dengan sehebat-hebatnya oleh musuh politiknya dari dalam dan dari luar negara menerusi mass media seperti WSJ.
Bukan sahaj dari pihak parti pemabngkang aje ? Malah dari kalangan Umno sendiri yang diketuai oleh Mahathir Mohamad,bekas Perdana Menteri Malaysia yang telah mendapat berbagai-bagai nikmat dari Umno sehingga berjaya jadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun..
Untuk mempertahankan maruahnya akibat difitanh itu? Datuk Seri Najib telah menyerahkan kepada pihak Audit Negara membuat laporan penuh Isu 1MDB untuk diserahkan kepada pihak Audit Parlimen (PAC).
Bukan setakat itu sahaja.Malah Perdana Menteri telah melantik jawatan kuasa penyiasatan khas yang terdiri dari pihak Peguam Negara,Pihak Polis,Pihak Pencegah Rasuh (PDRM) dan pihak Bank Negara melakukan siasatan yang menyeluruh untuk merumuskan kedudukan sebenar berhubung dengan fitnah yang telah dilemaparkan ke atasnya itu dalam kontek isu 1MDB itu.
Kita mesti faham bahawa penyiasatan ini bukanlah macam kita menggoreng pisang.Dalam masa setengah jam aje boleh selesai dan goreng pisang itu boleh dimakan.
PENYIASATAN dalam isu skandal 1MDB ini? Ia memerlukan sedikit masa yang agak lama dan memerlukan sedikit kesabaran oleh semua pihak untuk mengetahui ke sahihannya dari segala fitnah itu.

Malangnya pada masa yang sama pula orang nombor 2 Najib iaitu, Tan Sri Muhyiddin, selaku Tim.Perdana Menteri dan selaku Tim.Presiden Umno, dilihat telah terlatah. Isu 1MDB ini telah dijadi isu politik semasa seperti mana telah dilakukan oleh parti-parti pembangkang yang  mabuk todi itu.
Beliau sendiri ( TPM) telah meniup trompet bersabit dengan isu 1MDB ke sana kemari ketika memberi ucapan di dalam berbagai majlis perjumpaan Hari Raya,anjuran bahagian-bahagian parti Umno yang menjemput beliau dan sebagainya.
Dr.Mohd Zaid Hamidi,Timbalan Perdana
Menteri yang baharu..Syabas diucapkan.

SIKAP ini boleh ditafsirkan sebagai menikam Najib dari belakang secara terang-terangan.Tidak hormat Ketua Kabilahnya itu? Kata orang tua-tua lebih sudu dari kuahnya.
Jika Najib bertindak menyinkirkan Muhyiddin? Mengikut etika berkabilah? Najib tidak boleh dipersalahkan. Naji opunya hak istimewa mengambil sebaang tindakan.

Kerana Najib nak bersihkan musuh-musuh yang berada di dalam selimut yang berada di dalam kabinetnya itu.?
Sesiapa pun yang menjadi Perdana Menteri akan berbuat demikian dan tindakan sedemikian itu menyalahi undang-undang bersesuai dengan kuasa"prerogatif" yang diperuntukkan un tujknya sebagai (PM).Kejadian serupa ini dah berlaku di Malayhsia iaitu di zaman Mahathir jadi PM Malaysia. 

Seramai 3 orang TPM tersingkir iaitu Musa Hitam,Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim. Dan kejadian serupa ini juga dan banak berlaku  di negera-negara lain di dunia ini yang mengamalkan sistem demokrasi.

Dalam dunia politik?  Isu semacam ini adalah lumrah terjadi. Tak menghairankan sama sekali.

Sikap Muhyiddin Yassin membela Mahathir yang musuh utama Najib mutakhir ini akibat TV 3 menghentam lumat Mahathir.Muhyiddin dilihat berkerpercayaan bahawa semakin banyak Mahathir dihentam? Maka semakin popular pula Mahathir jadinya.Popular jadi apa? Tidak pula dihuraikannya.

Sikap yang Muhyiddin pamirkan ini? Semacam beliau bersedia berada di dalam regim Mahathir dan bersedia berkonfrontasi dengan Najib sebagai Ketua Kabilahnya.Ini sangat berbahaya bagi dirinya dari segi politik.

RESHUFFLE KABINET

Hari ini.Menerusi laporan di beberapa blog pro-pembangkang ada melaporkan kononnya mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai?

Seramai 5 orang menteri kabinet akan terlibat di dalam tindakan reshuffle kabinet yang akan dilakukan oleh Datuk Seri Najib.
Bekas menteri penerangan
Zauinudin Maidin tak percaya
Muhyiddin disingkirkan
Hari ini juga,menerusi Harakah Daily online, bekas menteri penerangan Zainudin MaidinZam) tidak mahu percaya berita yang disiarkan oleh beberapa portal mengatakan Muhyiddin akan disingkirkan. .
Katanya,amaran-amaran kepada Muhyiddin telah pun diberikan oleh blog-blog Umno dan juga Speaker DUN Sabah, Salleh Said Keruak dan sebuah ngo yang memperkecilkan Muhyiddin sebagai melakukan beberapa kegagalan sebagai Menteri Pelajaran dan mempersoalkan kesetiaan Muhyiddin terhadap Najib.

"Takkan speaker Sabah itu begitu sekali berani menghina dan mencabar Muhyiddin supaya berhenti jika beliau tidak dapat signal," tulis beliau dalam blognya.

Menurutnya,jika spekulasi ini berlaku ternyatalah Datuk Seri Najib Tun Razak nekad dan berani mengambil resiko paling tinggi yang melibatkan masa depan Umno dan negara demi untuk survivalnya.Saya harap berita ini tidak benar," ujarnya.
Nama  Datuk Seri Saleh Said 
Keruak, Speaker  DUN Sabah ada 
disebut oleh Zam.

Bagi penulis apa sahaja tindakakn yang bakal diambil  Najib itu adalah hak dan kuasa "Prerogatifnya" mengambil atau membuanag menteri-menterinya. Dan perkara itu juga ada termaktub dalam perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Disamping itu Najib berhasrat membersihkan kabilah yang sedang dipimpinnya itu tidak terjerumus di dalam keadaan hura hara demi kepentingan rakyat Malaysia keseluruhnya
yang seramai 30 juta itu.

Khalid Ibnu Walid, Panglima besar Islam,di zaman Khalifah Saidina Omar Al-Khattab. Panglima peranag yang gagah berani dan tersohor yang bernama Khalid Ibnu Walid ini adalah merupakan seorang panglima perang Islam yang paling hebat dan tiada tolok bandingnya ketika itu.

Beliau baru sahaja selesai berperang menumpaskan musuh-musuh Islam dengan jayanya. 


Pun begitu? Tetapi Khalifah Saidina Omar Al-Khatab telah memecat beliau dari jawatan sebagai Panglima Perang angkatan tentera Islam.

Selaku serorang penganut agama Islam  yang kuat iman dan kental ketaqwaannya terhadap Allah SWT dan sekaligus selaku seorang yang harus patuh dan hormat pada Khalifanya ketika itu? 


Maka dengan senyuman yang sinis beliau redha menerima keputusan yang telah dibuat oleh Khalifahnya itu dengan dada yang terbuka tanpa emosi dan tanpa sebarang komen.  


Sikap mulia yang telah ditunjukkan oleh panglima perang Islam Khalid Ibnu Walid itu seharusnya jadi ikhtibar  dan ikutan bagi kita semua di zaman ini. 

Terutama pada tokoh-tokoh politik Umno yang akan terlibat dengan tindakan "reshuffle" kabinet yang akan dilakukan oleh Najib itu.Jangan emosi.Anggaplah sesuatu yang akan berlalku atau yang telah berlaku ke atas diri anda itu mesti ada hikmah di sebaliknya?

(NB; Tulisan ini dibuat sebelum pengumuman Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik. Tulisan ini penulis buat dan telah disiarkan di dalam ruangan komen Harakah Daily Online bersabit dengan tulisan di bawah tajuk Zainudin Maidin tak percaya Muhyiddin akan disingkirkan-- Pengranag). Posted again by haji abu bakar ninggal .blogspot. com.at 1830 hrs on July 28,2014. 

No comments: