Sunday, July 26, 2015

Tanpa kerjasama PAS dengan PKR? Kawasan Majoriti Melayu (PKR) akan kalah teruk.




Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Isnin ,July 27,2015 @2.05 am.

Berdasarkan dengan postmortem yang telah dibuat oleh kami dari Umno di kawasan Parlimen Gombak sebaik sahaja selesai PRU ke-13 dulu itu?

Kesimpulan yang kami dapati ialah parti PKR akan tewas di kawasan majoriti Melayu bukan sahaja di kawasan Parlimen. Malah calon-calon PKR yang akan diletakkan akan bertanding atas tiket DUN pun akan tewas juga dengan teruk.

Kalau di sesebuah kawasan parlimen itu?  Ada satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN? Maka PKR akan kalah 4-0 di kawasan tersebut. Kerana kemenangan PKR di kawasan-kawasan tersebut pada PRU ke-13 dulu itu?

Datuk Seri Abdul Hadi Awang lega
sedikit tugasnya dengan adanya bantuan
Datuk Dr.Haron Din
Semata-mata bergantung kuat kepada undi-undi penentu yang akan diberikan oleh penyokong PAS pada PKR.Kerana undi dari kaum Cina di kawasan Parlimen Gombak? Jika kaum Cina memberi sokongan kepada parti PKR hingga 80-90% pun?

PKR tidak boleh menang. Jika PAS dan Umno ada perjanjian? Maka Umno akan menang dan PAS juga akan menang.

Terpulanglah macam mana pembahagian kerusi itu ditandingkan mengikut persetujuan bersama antara PAS dengan Umno?

Misalnya di kawasan Parlimen Gombak itu sendiri? Jika Azmin Ali bertanding di Parlimen Gombak pada PRU ke-14 nanti atas tiket pari PKR?

Azmin akan kalah kerana undi dari PAS pada PRU ke-13 dulu itu merupkan undi penentunya.Jika PAS akan menarik sokongan terhadap Azmin Ali?

Sebaliknya MELONTARKAN undi-undi dari penyokong Pas itu kepada sekutu PAS yang baru? Azmin akan kalah dengan teruknya.Sekutu barunya PAS tak mustahil mungkin Umno?

Jika hubungan PKR dengan PAS cacat seperti mana gagasan yang telah dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini?

Gagasan DSAI itu sesungguhnya pada realitinya tidak akan memberi sebarang manfaat pada PKR Sebaliknya akan memudaratkan PKR itu sendiri.
Jika Datin Wan Azizh silap buat
pehitungan ketika memilih sekutunya?
PKR akan hanyut perahunya tanpa
 arus yang deras?

Datuk Dr.Haron Din,Mursyidul Am Pas telah pun membuat kenyataan politik bahawa PAS akan bersedia meninggalkan PKR jika sekutunya itu menyertai Pakatan Baru bersama dengan parti DAP dan dengan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Dari segi kekuatan dan pengaruh politik? Parti baru yang akan ditubuhkan oleh golongan GHB itu tidak akan dapat mengambil tempat parti PAS. Selain terlalu baru keujudannya?

Malahan tokoh-tokoh yang memimpin parti tersebut pun
adalah tokoh-tokoh serpihan PAS yang telah tewas teruk pada muktamar PAS pada bulan June yang lalu di tangan golongan ulama.

Jika hendak dikira tentang jasa mereka pada rakyat di kawasan yang mereka wakili? Jasanya terhadap rakyat selama mereka menyandang kerusi Parlimen atau pun kerusi ADUN tak pun kemana? Tang tu tang tu juga.

Terpilihnya mereka sebagai MP atau ADUN kerana pengaruh parti PAS yang memang telah tersohor,

Mereka dipilih oleh rakyat jkawasan tersebut bukan kerana ketokohan mereka? Semata-mata kerana mewakili parti PAS itu sendiri.Pengundi memilih kerana parti bukan kerana tokoh yang bertanding itu?

Networking parti PKR pun tidak sekuat PAS. Apatah lagi dengan networkin GHB mungkin akan lebih lemah dari networking PKR?
Datuk Dr.Haron Din,Mursyidul Am Pas
tetap tegas dengan pendiriannya logik.

Dengan kata lain? Kekuatan networking  PKR dan GBH jika bergabung jadi satu pun?

Dilihat tidak dapat mengatasi networkin parti PAS yang telah berusia lebih 50 tahun dan dah punya pengalaman menggerakkan tenaga kerjanya dengan lincin lagi tersusun rapi.

Dari segi dasarnya pula?  PAS dari dulu hingga sekarang ini rakyat dah tahu pun dan hingga kini masih tetap dengan dasar utamanya iaitu untuk mendaulatkan syair Islam.

Di masjid-masjid di bawah kelolaan Pas di Selangor sahaja misalnya.Didapati setiap hari dan setiap malam ada-ada sahaja progrem taskirah telah di adakan guna memperdalamkan lagi ilmu agama Islam di kalangan penganut agama Islam setempat.

Sementara para penyokong mereka pula dilihat tetap istiqamah menyokong kuat perjuangan PAS. yang ingin mendaulatkan syair Islam yang menjadi dasar perjungan PAS selama ini.

Sedangkan parti baru CIPTAAN golongan dari GHB itu? Masih tak tahu apakah konsep perjuangan mereka untuk ke menafaatan masyarakat Islam? Berkonsep Islam ke? Kalau berkonsepkan Islam mana logik Mat Sabu akan jadi Presidennya?

Apakah ilmu Syariah Mat Sabu itu lebih hebat dari Hadi Awang atau Haron Din?Kalau konsep perjuangan mereka itu tidak menentu?Atau pun sama aje dengana konsep perjuangan parti PKR? 

Buat apa parti baru.diwujudkan? Jika keujudan parti baru itu semata-mata bertujuan tidak lebih untuk memecah belahkan undi-undi parti Melayu berpecah jadi empat? Maka kewujudannya itu tidak perlu dan tidak ada keperluannya? Melainkan sia-sia belaka.

Tapi apa nak dikatakan? Itulah yang menjadi satu-satunya kebijaksanaan orang-orang Melayu dari dulu hingga kini.
Harapan Azmin untuk terus jadi MP di Gombak
 akan jai gelap jika PKR berpisah dengan PAS.
Sikap yang satu inilah yang tidak mampu ditandingan oleh kaum Cina dari parti-parti Cina di dalam Malaysia ini.

Kegemaran orang-orang Melayu didapati begitu suka berpecah belah dan tak pandai untuk bersatu padu dianggap oleh parti-parti Cina itu sebagai suatu hikmah bagi mereka.Blessing in disguise buat mereka.

Maka mudahlah mereka bekerja untuk menjayakan blue print "Grand movement" mereka seperti di Thailand dulu.

Nasib baik angkatan tentera Thailand cepat sedar akibatnya tentang Grand movement mereka itu dan segera menumpaskannya.

Senanglah mereka masuk jarum terus  memecah belahkan orang orang Melayu lebih teruk lagi.sehingga mereka berjaya jadi ketua penguasa memerintah Malaysia suatu hari nanti.

Apakah strategi oleh pati-parti yang bukan Islam ini  tidak disedari oleh orang-orang MELAYU yang mengakui kononnya merekalah tokoh-tokoh politik yang mampu akan membela nasib masa depan angsanya yang bbernama Melayu?

Tokoh-tokoh politik Melayu  ini.Sudah ada parti Umno. Kerana tak dapat apa yang dicita-citakan di dalam Umno? Segera tubuh parti Keadilan Rakyat (PKR). Dah ada parti Islam? Disebabkan TEWAS dengan teruk di dalam pertandingan untuk mempertahankan jawatan-jawatan masing-masing di dalam muktamar PAS? Merasa amat kecewa Kini lantas nak tubuh parti baru pula.

Mereka ini didapati pembawaan politiknya.sun gguh anih? Mereka dilihat semacam tidak sedar atau pun semacam tidak ambil peduli bahawa dengan tumbuhnya satu parti ke parti lain yang diubuhkan oleh orang-orang Melayu juga itu? Secara otomatik kekuatan politik orang-orang Melayu itu jadi lemah kerana berpecah belah.

Sedangkan  penduduk Malaysia ini adalah masyarakat majmuk sifatnya.Melayu hanya punya kekuatan sebnayak 60% pengundi Melayu.Sementara  kaum-kaum lain punya kekuatan 40%.Walaupun  mereka hanya ada 40% kekuatan politik?

Mat Sabu bakal Presiden
parti baru itu?
Tetapi mereka tidak mudah berpecah belah tetap bersatu bila tiba pilihanraya baru.Ini dapat kita saksikan pada PRU ke-12 dan PRU ke -13.

Mereka tinggalkan parti MCA dan Gerakan.LANTAS mereka bertukarf kiblat dengan menyokong DAP dan parti-parti yang jadi sekutu DAP.

Sedangkan parti-parti Melayu berpecah 3.Jika dibahagikan denagn 60% itu? Maka setiap parti hanya punya penyokong 20% aje. Kini degan tertubuhnya GHB? Maka parti Melayu akan berpecah kepada 4 puak.

Kesemuanya parti-parti itu mengharapkan sokongan  dari orang Melayu juga.Ujung-ujungnya semua parti-parti tersebut tidak mampu  mendapatkan kuasa majoriti dan terpaksa bergabung dengan parti kaum Cina juga.

Pas dilihat tidak mahu bekerja sama dengan DAP jika DAP mahu jadi boss? Kerana Islam tidak membenarkan orang-orang Islam berketuakan orang kafir. Jika bekerjasa aje tak apa dan dibolehkan.

Puncanya kenapa terlau banyak parti-parti Melayu itu tumbuh? Semata-mata kerana kecewa kerana tak dapat peluang terus memegang kuasa di dalam parti masing-masing? Lantas segera menubuhkan parti baru untuk dapat memegang jawatan Presiden parti baru itu dan sebagainya.

Barbalik semula dengan isu tentang gagasan DSAI baru-baru ini didsapati semacam telah memberi sokongan beliau terhadap niat golongan yang kecundang pada Muktamar PAS yang mahu menubuhkan sebuah parti baru dengan tujuan untuk mengambil alih peranan PAS dalam Pakatan Rakyat?

Hakikatnya? \Jika ia diteruskan? Masa depan PKR akan jadi malap semalapnya jika PKR mengambil pendirian hendak bercerai berai dengan PAS. Percayalah!!! Marilah sama-sama kita tunggu dan lihat apakah ujungnya?.(Posted by abnmulya  /haji abu bakar ningal.blogspot.com.at 2.05 am on July 27,2015.

No comments: