Saturday, August 29, 2015

Mahathir Ini Semacam Tak Tahu Kenang Budi Dan Tak Tahu Balas Jasa Orang!!!

Najib Dihentamnya habis-habisan.Terbaru Mahathir Seru Pada Orang Pekan,Pahang, Jangan Undi Najib Pada (PRU)Akan Datanag...Tak Tahukah Dia Kawasan Parlimen Pekan itu Kampug Halaman Najib?
Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia ke-6 telah berkali-kali
melafaskan bahawa beliau tidak akan berundur atas desakan individu walau
bagaimana tersohornya di Malaysia ini?



Oleh Haji Abu Bakar Ninggal.
Ahad,Ogos,30,2015.@1.00 am

Tahukah anda setelah Mahathir ini ditendang oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari Umno kerana kelantangannya menghentam Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Terutamanya di dalam tulisan Mahathir di dalam buku yang berjodol "The Malay Delima".

Buku tersebut telah diharamkan penjualannya di dalam Malaysia, di era pemerintahan Kerajaan Umno-BN di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 

Perdana Menteri Malaysia yang pertama sebaik sahaja Persekutuan Tanah Melayu merdeka dari penjajahan British pada tanggal bermula pada 31/08/1957.

Atas kerja kuat Arwah Datuk Harun Idris, bekas Menteri Besar Selangor bersama Datuk Adib Adam,( bekas Ketua Menteri Melaka) memujuk-memujuk Tun Razak agar menerima semula Mahathir ke dalam parti Umno.

Kisah benar ini telah didedahkan oleh seorang tokoh besar Umno kepada penulis di rumah kediman rasminya iaitu, di rumah Ketua Menteri Melaka,Datuk Adib Adam ketika penulis membuat "wawancara" dengan Datuk Adib Adam semas  beliau masih menyandang jawatan Ketua Meneri Melaka dahulu.


Tunku Abdul Rahman Putra,Bapak
 Kemerdekaan Malaysia lepaskan rakyat 
Malaysia dari belanggu penjajah an
British empayer.
Isi wanwancara itu telah penulis siarkan pada tahun 80an di dalam majalah terbitan penulis sendIri bercorak politik yang berjodol "SARIPATI".

Akibat pandai dan bijaknya Mahathir guna saikologinya kononnya sering nak membela nasib orang-orang Melayu yang miskin-miskin sebagai umpan politik murahannya itu? 

Maka cepatlah hati orang-orang Umno jadi chair melentuk.Sebaliknya apa yang Mahathir katakan itu tak serupa dengan bikin. 

Dasar ekonomi negara (70% manfaat untuk kaum asing) dan hanya (30% untuk hanya bangsa Melayu) langsung tidak diubah oleh Mahathir sejak beliauberkuasa hingga belia bersara?

Tidak Mahathir sedar dengan qota kaum asing boleh membeli rumah kediaman di penempatan di kawasan baru di kawasan bandar dan di pinggir bandar itu telah membuat  "geo-politik"pengundi-pengundi Melayu terhakis dengan  cepat sekali i kawasan bandar seperti di Subang Jaya,Pusong,Damansara,Bangsar,Kelang, Kota Raja dan sebagainya

Sangat susah bagi parti-parti Melayu nak mempertahankan kerusi DUN dan kerusi Parlimennya akibat sesuatu kawasan itu majoritinya telah dihuni,diduduki oleh pengundi-pengundi baru yang sah dari segi undang-undang negara untuk kaum-kaum asing di mana perasaan perkaumannya didapati begitu tebal.

Ketika mengundi di dalam sesuatu Pilihan Raya Umum?Mereka dari kaum asing ini sudah pasti mereka akan mengundi parti-parti politik yang dipimpin oleh kaumnya sendiri,terutama mutakhir ini dilihat parti DAP medominan pengndi-pengundi Cina.

Mereka pasti tidak melebihkan pucuknya dari pelepah seperti kata pepatah petitih Melayau zama dahulu kala. 

Kesilapan yang besar inilah didapati telah terlepas pandang oleh pejuang politik kemerdekaan kita terutamanya dari parti Umno itu sendiri yang langsung tidak menjaga "geo-politik" bangsa Melayu? 

Terutama oleh Menteri-menteri besar dan juga oleh Ketua-Ketua Menteri,Ketau Menteri disetiap negeri.

Kerana kuasa membangun rumah-rumah penempatan baru terletak kuasa mutlak di tangan kerajaan Negeri itu sendiri? 

Hingga kini pun masalah itu masih tak berubah dan masih terlepas pandang oleh mereka yang tgamak dan haloba? Yang tak tahu atau tak mampun hendak mendaulata "geo-politik"bangsa Melayu,bangsanya sendiri.Kenapa jadi begini?

Akhirnya nanti anak watan bangsa Melayu akan hilang "kuasa politik" dan akan jadi bangsa yang paling bangsat di tanah air sendiri di Malaysia ini.

Najib beri BRIM pada akyat pun dia tak suka.Kononnya membazir katanya mengikut perhitungan beliau.

Dipendekkan cerita Mahathir berjaya dipilih oleh orang-orang Umno dari Ketua Bahagian,kemudiannya  ke jawatan Naib Presiden dan teerakhir sekalai jadi Presiden parti Umno yang sudah lama diidam-idamkan olehnya selepas kematian Tun Hussin Onn.

idakkah Mahathir sedar? Jika Mahathir tidak diterima semula menyertai parti Umno oleh Tun Razak Husin,hasil dari pujuk-pujakan Datuk Harun Idris dan Datuk Adib Adam.

Mana Mahathir ada Wadah untuk dijadikan Platform politiknya untuk menjual politik murahannya menguli perasaan orangp-orang Melayu agar jadi taksub pada kata-kata politiknya itu?


Mana dia berpeluang jadi Perdana Menteri Malaysia sebegitu lama hingga 22 tahun? Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj hanya memegang jawatan Perdana Menteri  selam lebih kurang 13 tahun .Tapi Mahathir hingga 22 tahun lamanya.
Tun Razak Husin, Perdsama Menteri Malaysia ke-2 sebagai
 Bapa Pembangunan Malaysia moden.

Untuk itu? Mahathir selaku insan yang telah ditolong dan diterima menyertai semula parti Umno,seharusnya tahu mengenang budi dan jasa baik dan jasa yang amat besar yang telah ditolong dan diberikan oleh Tun Razak Hussin kepadnya?

Mahathir telah terhutang budi yang sangat besar nilainya pada Tun Razak dan keluarga Tun Razak itu sendiri dan Mahathir harus berterima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga Tun Razak itu.

Tetapi Mahahri membalas budi Tun Razak itu di ibarat susu diberi tapi di balasnya dengan tuba.

SENGKETA BERMULA

Bermula dalam tahun 2015 ini.Dalam masa enam bulan yang lalu ini hingga kini.Bermula dari bulan February 2015 hingga hari ini. Semua orang dah tahu dah bahawa Mahathir dengan Datuk Seri Najib Tun Razak kini sedang bermusuh-musuhan dalam arena berpolitik.

Isu 1 MDB itu telah dijadikan oleh Mahathir sebagai satu isu hendak menjatuhkan Najib.

Disebabakan Najib tidak dapat memenuhi kemahuan dan permitaan peribainya yang mana mahu Najib dijadikan sebagai proxcy politiknya agarmasa depan legasinya terjamin dan akan ddipastikan jadi Perdana Menteri juga.
Tun Dr.Mahathri Mohamad
jadi Perdana Menteri Malaysia
paling lama iaitu ( 22 tahun).

Seperti yang telah dilakukan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura, sehingga anak lelakinya sehingga kini masih jadi PM Singapura. 

Apabila dilihatnya bahawa Najib tak bersetuju jadi proxcynya itu? Mahathir mendesaknya agar segera berundur dari jawatan Presiden Umno dan juga berundur dari jawatan Perdana Menteri Malaysia untuk digantikannya dengan tokoh politik parti Umno senior juga di dalam hariki parti Umno yang dilihatnya boleh dijadikan kerbau tarik hidug.

Nama Timbaln Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin,selaku Timbalan Perdana Menteri,didapati sereng( selalu) di sebut-sebutnya layak menganti dan mengambil alih temapt Najib.

DENGAN TEGAS  NAJIB MENOLAKNYA.

Dengan melafaskan kata-kata bahawa,"Saya tidak sekali-sekali akan berundur atas desakan individu walau bagimana tersohrnya dia di Malaysia ini," tegas Najib.

Menurut Najib, bahawa permintaan Mahathir itu tidak releven dan tidak logik sama sekali dan sekaligus merupakan  permintaan yang tak munasabah dan gila-gilaan?

Pada hemat Najib? Dalam parti Umno Mahathir hanya ahli biasa dan dalam kerajaan pun dia dah bersara.Lagi pun jawatan Presiden Umno yang sedang Najib sandang itu? Adalah mandat diberikan oleh perwakilan Umno memilih beliau "menang tanpa bertanding" di Perhimpunan Agung Umno itu sendiri. 

Tak ada kena mengena dengn Mahathir. Sebagai pesara ? Buat tingkah laku sebagai seorang pesara.Jangan banyak songel lagi.

Sementara jawatan Perdana Menteri pula? Adalah hasil kerja kuat Najib dengan dibantu oleh barisan para pemimpin Umno di dalam parti dan di dalam kabinet Najib,siang dan malam meminta rakyat memberi sokongan dan mandat rasmi kepada parti Umno-BN pada Pilihan Raya Umum pada tanggal (05 hb.May 2013) iaitu di dalm (PRU ke-13)dulu bukan dapat dengan percuma sahaja. Terpaksa bekerja keras.
Datuk Haron Idris
bekas Menteri Besar
Selangor yang hebat

Siapa Mahathir sebenarnya yang nak jadi boss pada negara Malaysia ini? Boss besar negara Malaysia ini ialah Yang Di Pertuan Agung yang mewakili Raja-Raja Melayu yang berkuasa penuh di sisi perlembagaan Malaysia.

Mereka dilihat tak ada minta itu dan ini? Permintaan Mahathir ini sangat tidak logik macam permintaan anak-anak kecil gayanya? 

Kenapa dia jadi gitu? Siapa dia? Dimana diletakkannya kehormatan dan moralnya politiknya sebagai mantan PM Malaysia atas tiket parti Umno selama 22 tahun itu?

Yang lebih parah lagi ialah, permintaan Mahathir yang sangat lucu dan anih juga?  Melalui portal Malaysiakini,hari ini,bersamaan tanggal  (29/08/2015,jam 5.51pm).

Mahathir didapai ada mengeluarkan kenyataan politik di mana dia ada menyeru kepada orang-orang Pekan,Pahang,"jangan mengundi Najib pada pilihan raya Umum akan datang".

Dia semacam tak tahu sejarahTun Razak ke?  Bahawa Tun Razak sekeluarga itu adalah lahir di Pekan dan merupakan anak watan Pekan yang merupakan orang besar-besar dan ternama di Pekan,Pahang itu,sejak  di zaman penjajahan British menjajah Malaysia dulu.

Tuan Razak pernah jadi D.O (Pegawai Daerah ) Pekan dan sebagainya. Ertinya, Tun Razak itu adalah merupakan golongan orang-orang yang ternama dan terkenal dan berpengaruh di kalangan masyarakat Pekan itu sendiri. Sekaligus Tun Razak itu sendiri sangat disayangi oleh Rakyat Pekan,Pahang.
Datuk Adib Adaam
.bekas Ketua Menteri
Melaka.

Setelah Tun Razak jadi Perdana Menteri dan kemuduan dengan ketentuan  dari Allah SWT.,jatuh pula ke tangan Datuk Seri Najib,(anak Tun Razak)pula. 

Orang-orang Pekan itu sendiri didapti tentu rasa amat bangga kerana anak watan Pekan,dah jadi orang yang bertambah besar dan dihormat kemana-mana beliau pergi.

Lagi pun Datuk Seri Najib adalah pemipin besar keturunan Melayu Asli,berketurunan bugis dan sekaligus dah jadi wiranya iaitu, jadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.
Justeru itu, seruan Mahathir agar rakyat Pekan,jangan undi Najib dan tolak Najib itu? Satu seruan yang mengarut dan banggang.

Satu seruan yang benar-benar tidak diterima akal yang siuman. Siapa dia itu Mahathir dilihat begitu TEGA nak perentah rakyat Pekan dan seru pula jangan undi Datuk Seri Najib, pada PRU yang akan datang?

Menurut hukum akal.Sikap tak menentu yang dipamirkan oleh Mahathir itu? Mahathir dilihat bukan nak mendekat lagi jarak untuk mencapai untuk mengkekal legasinya sebagaimana yang Mahatir cita-citakan itu? 

Mahathir dilihat bertambah payah nak mengikuiti  trend legasi Lee Kuan Yew dan Legasi Tun Razak. Masing-masing anak lelakinya yang menceburkan kerjajaya di aren politik?Berakhir dengan masing-masing jadi Perdana Menteri dah..

Untuk mencapai hajatnya yang besar itu? Mahathir dilihat semacam tidak tahn sabar dan dilihat begitu cepat sangat  jolok sarang tebuan? Akhirnya? Diseranag dan dibaham teruk oleh gerombolan tebuan itu sendiri? 

Akibatnya? Tak mustahil, Najib akan tutup rapat peluang itu? Mungkin untuk wujudnya legasi Mahathir nask menguasai politik Malaysia tak kunjung tiba?Terkantung-terkantung di awangan dan tak kunjung jatuh ke bawah lagi?

Luka yang telah ditimpakan oleh Mahathir ke atas Najib itu didapai begitu parah jadinya..Walau pun akan sembuh luka itu? Hanya masa sahaja akan menentukannya?

Jika luka itu jadi sembuh pun?Tetapi segala parut-parut parut yang tingal itu terlalu besar dan mustahil untuk dilupakan dengan begitu sahaja.( Posted by abnmulya /Hj.Bakar Ninggal.blogspot.com at 1.00am on Ogos 30,2015.

No comments: