KUALA LUMPUR 17 Sept. - Kejayaan Himpunan Rakyat Bersatu semalam yang menyaksikan sokongan padu lebih 200,000 orang Melayu telah mencerminkan hakikat bahawa kaum tersebut boleh bersatu.
![]() |
Datuk Jamal Mohd Yunus |
“Kita melihat kebangkitan orang Melayu di ibu kota dan seluruh negara semalam adalah mesej jelas bahawa orang Melayu jangan dicabar dan disentuh oleh mana-mana pihak sekali pun.
Dilaporkan juga seramai satu juta orang Melayu turut menunjukkan solidariti dengan berbaju merah seluruh negara.
“Permuafakatan ini juga adalah bukti bahawa kita mendukung amalan demokrasi berparlimen di negara ini yang memberi mandat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memimpin.
Ini suara rakyat menyokong Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Dalam pada itu, Jamal berkata, kejayaan perhimpunan itu sekali gus memberi ‘tamparan realiti’ kepada penganjur perhimpunan haram Bersih 4.0 yang sebelum ini mendabik dada mendakwa diri mereka kononnya membawa suara rakyat.
Apa yang pasti, jelas beliau, Himpunan Rakyat Bersatu yang dianjurkan sebagai reaksi kepada kebiadaban Bersih itu telah membuktikan bahawa orang Melayu menolak sekeras-kerasnya penganjuran perhimpunan haram berkenaan.
Beliau berkata, jika penganjur Bersih selepas ini berhasrat menganjurkan siri perhimpunan haram seterusnya, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk bertindak balas dengan mengadakan perhimpunan bantahan pada tempat dan waktu yang sama.
“Kami dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpandangan, jika Bersih hendak buat lagi perhimpunan, kita akan turun pada hari dan waktu yang sama. Jangan cabar kami,” katanya.
Menurutnya, sekiranya Bersih tidak mengadakan perhimpunan haram mereka dan menghina pemimpin-pemimpin Melayu sebelum ini, Himpunan Rakyat Bersatu tidak mungkin berlaku.
“Perhimpunan Rakyat Bersatu ini dilakukan kerana berlaku kebiadaban pada Bersih 4.0 yang menghina pemimpin-pemimpin kami. Kalau kita tidak diasak, kami sudah terbukti sejak merdeka sanggup berkongsi tetapi orang Melayu jangan dicabar,” tegasnya.( Utusan online-).Posted by abnmulya /Hj.bakar ninggal.blogspot.com at 11.44 am on Sepetember 2015.
No comments:
Post a Comment