Friday, September 11, 2015

Jangan " bohong" rakyat lagi-Budiman

Berhubung kontroversi DEIG
11 September 2015 @12.52am

Budiman Mohd. Zohdi (tengah) menunjukkan gambar penyerahan zakat oleh MBI yang mempunyai logo syarikat DEIG kepada Lembaga Zakat Selangor yang diterima oleh Sultan Selangor. Sementara Zainuri Zainal (kiri) dan Halimaton Saadiah Bohan menunjukkan gambar program sumbangan zakat oleh Syarikat DEIG kepada asnaf negeri Selangor baru-baru ini di Shah Alam, semalam. UTUSAN/Saharuddin Abdullah


SHAH ALAM 10 Sept. - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali diingatkan supaya tidak terus membohongi rakyat berhubung kontroversi Darul Ehsan Invenstment Group (DEIG) dengan memberikan alasan syarikat terbabit masih belum beroperasi dan tidak mempunyai sebarang transaksi ketika ini.

Ingatan itu ditegaskan oleh Se­tiausaha Ahli-Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Se­langor, Budiman Mohd. Zohdi ekoran tindakan DEIG yang didakwa menyalurkan wang zakat dalam program di Negeri Sembilan 12 Julai lalu.

Selain itu dakwanya, DEIG turut menyerahkan replika cek bayaran zakat kepada Sultan Sela­ngor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi Mohamed Azmin sendiri dalam satu maj­lis yang difahamkan diadakan pada 6 Julai lalu berjumlah RM2.5 juta.

Justeru, mengapa Menteri Besar (Mohamed Azmin) berkali-kali menegaskan bahawa DEIG masih belum beroperasi? J

Jika belum beroperasi dan tiada sebarang transaksi berlaku mengapa syarikat itu boleh menyerahkan zakat kepada Sultan Selangor selain mengadakan program penyerahan zakat di Negeri Sembilan yang difahamkan diterima oleh Pengerusi PKR negeri itu, Datuk Kamarul Bahrain Abbas.

“Hal ini yang perlu dijelaskan oleh Menteri Besar secara terbuka memandangkan ia bukan hanya melibatkan kepentingan rakyat tetapi juga pihak istana secara langsung yang suci hati menerima bayaran zakat itu daripada DEIG.

“Atas alasan ini juga kita lihat mengapa siasatan segera perlu dilakukan oleh pihak berkuasa memandangkan Menteri Besar kerap kali menyatakan DEIG masih belum beroperasi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zainal dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan. Semalam, Ahli Strategi Pilihan Raya DAP, Dr. Ong Kian Ming berkata, Mohamed Azmin sepatutnya memberi keutamaan kepada penstrukturan semula anak-anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor sebelum menubuhkan DEIG. 

Budiman yang juga ADUN Su­ngai Panjang turut menyatakan, isu bayaran zakat oleh DEIG mencetuskan kekeliruan susulan ke­nyataan Ketua Pengawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Hussin Mohd. Ali menerusi laporan media pada 6 September lalu yang mengesahkan tiada bayaran zakat RM5 juta dite­rima daripada syarikat berkenaan.( Utusan online-).Posted by abnmulya / HJ.Bakar Ningal.blogspot.com at 1920 hrs on September 11,2015.

No comments: