Tuesday, September 1, 2015

Merdeka Adalah Cinta Kita.Merdeka Adalah Cinta Kita Kepada Raja Dan Negara.Berdiri teguh Bersama Barisan Pejuang Bangsa.Mempertahakan Kedaulatan Dari Anasir Durjana.

Sebelum bendera jalur gemilang dikibarkan para AJK Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan AJK  Pakeda,Cawangan  Gombak Setia ,kelihatan mengangkat sumpah dan berikrar taat setia kepada Yang Di Pertuan Agung dan Raja-Raja Melayu.serta berikrar taat setia  dan menyokong penuh kepimpinan  YAB.Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia semasa senang dan semasa susah. Upacara ikrar itu di ketuai oleh Datuk Dr.Raham Ismail,Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak.


Rabu,September 02,2015 @1,52PM.

Pada tanggal 31 hb.Ogos 1957 adalah merupakan tarikh keramat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kerana di hari itulah tarikhnya rakyat Malaysia mendapat kemerdekaan Tanah Air dari dan bebas dari cengkaman Penjajhan British yang begitu lama telah menjajah Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia).

Ertinya? Merdeka itu adalah cinta kita bangsa Malaysia. Justeru itu ketibaan tarikh keranmat itu,pada setiap tahun itu, harus kita sambut dan kita raikan dengan cara apa sahaja yang terdaya oleh kita bagaimana caRanya untuk kita meraikan.

Dalam hubugan itu? Pertubuhan Ngo-Ngo Gombak,di bawah pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismal mantan Ahi Parlimen Umno Gombak dan dengan kerjasama oleh pertubuhan (Pakeda),cawangan Gombak Setia,Gombak,di bawah pimpinan Ayahanda Paduka  Hj.Rashid Hj.Fadzil telah mengadakan majlis sambutan Hari Kebangsaan itu pada malam 30hb.Ogos 2015,

Tepat jam 12.00 malam .bendera Jalur
Gemilang dinaikkan agar dapat berkibar
bebas dengan megah ditiup angin .
Majlis bertempat di kediamana Ayahana Paduka Haji Rashid Hj.Fadzil,di Jalan Kasturi,Gombak Setia, Gombak,Selangor Darul Ehsan.

Majlis bermula kira-kira jam 9.30 malam dan berakhir hingga jam 12 malam.

Semua acara yang telah ditetapkan dilihat telah dapat di persembahkan dengan jaya untuk tuntonan oleh para tetamu yang telah hadir di malam tersebut.

Disebabakan majlis tersebut adalah merupakan majlis menyambut ketibaan tarikh keramat yang harus diingati oleh rakyat Malaysia yang menganggap bahawa MERDEKA  itu adalah cinta kita kepada Raja dan negara.

Maka majlis menyambut hari Hari Kebagsaan itu telah dimulakan dengan acara beramai-ramai menyanyikan lagu kebangsaan negara kitayang menjadi kebnggan kita semua.

Di akhiri pula dengan ikrar sumpah dan taat setia pada Raja dan negara dan berdiri tegap bersama barisan pejuang negara, bangsa demi untuk mempertahankan kedaulatan negara dari diceroboh oleh anasir-anasir negara yang durjana..
Haji Abu Bakar Ninggal sedang membaca sajak kemerdekan tanah air yang bertajuk Malaysiaku, Gambar dari kiri yang
berbaju berlatar belakangkan bendera Jalur Gemilang itu Ayahanda Paduka Hj.Rashid Hj.Fadzil, Ketua (Pakeda) kawasan di sekitar Gombak Setia.
Beberapa acara yang berusurkan kesenian budaya bangsa telah dipersembahkanm pada malam yang bahagia dan meriah itu.

Di antaranya,seperti lazimnya,bahawa acara membaca sajak memang tidak ketinggalan pada setiap majlis menyambut Hari Kebangsaan Negara,baik di mana sahaja ia disembahkan oleh pembaca-pembaca sajak yang boleh dikatakan mahir dengan cara membacanya.

Disamping itu diadakan juga cara seni pencak silat oleh remaja-remaja lelaki dan wanita bangsa oleh kumpulan-kumpulan pencak silat yang mana dilihat tidak mahu kesenian pencak silat bangsa Melayu itu akan ditelah oleh peredaran zaman moden negara

Mereka tetap mahu mengekalkan seni kebudayan bangsanya itu tetap diperlihara bak kata pepatah Melayu,bahawa seni budaya bangsa yang ,"Tak akan lekang dek panas dan tak akan basah dek hujan",
Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,Datuk
Dr.Rahman Ismail sedang memberi ucapannya
di majlis menyambut Hari Kebangsan negara
Malaysia tahun yang ke-58 pada (30/08/15)..

Kesenian bangsa itu tetap akan dipeliharan,dijaga ke agungannya itu serta sering dipamirkan untuk tuntunan bangsa kita hingga zaman berezaman selagi mana bangsa kita,bangsa Melayu yang tidak akan hilang di dunia..

Biar mati anak,tetapi jangan mati adat pusaka bangsa dan negara Malaysia yang tercinta mesti kita pelihara.

Selaku Presiden  Pertubuhan Gabungan Ngo-Ngo Gombak,dalam ucapan utamanya,

Datuk Dr.Rahman Ismail.selaku mantan Ahli Parlimen Umno,Gombak,pada penggal 2004 hingga 2008 yang dilihat begitu arif di dalam senario politik negara dan tentang tendang terajang tokoh-tokoh politik negara semasa.

Di dalam ucapan utama pembukaan majlis tersebut didapati beliau telah memfokuskan isi ucapannya itu tentang isu semasa bersabit dengan isu negara yang paling utama.

Pada malam itu, Datuk Dr.Rahman Ismail dilihat mneminta dan menyeru agar rakyat Malaysia harus bersabar dan terus bersabar dengan iklim ekonomi negara mutahkir ini akibat jatuhnya mata wang negara kita.
Ahli-ahli dari Kumpulan Persatuan Seni Silat Gerak Harimau Laksamana yang di ketuai oleh Ayahanda Dinansi sedang mempersembahkan silat pencak gerak harimau laksamana di hadapan tetamu.
Seterusnya beliau memberikan kata-kata semangat agar rakyat Malaysia terus memberi kepercayaan kepada pemimpin besar kita, Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri negara,dilihat kini sedang berusaha dan terus berusaha mempamirkan kewibaannya untuk mengatasi kemelut kejatuhan mata wang negara dalam beberapa bulan ini yang boleh dikatakan hanya buat sementara sahaja..

Menurut Datuk Dr.Rahman kejatuhan mata wang negara ini bukan berlaku dan terjadi hanya di negara Malaysia sahaja.

Malah telah diderita oleh banyak negara-negara lain di rantau kita ini,seperti di Cina,di Indonesi,di Philipina,di Australia, Singaura,Thailand dan lain-lain negara juga.

Sebab utama kemelut ini terjadi? Adalah berakibat dengan jatuhnya harga petrol dunia sejagat dan juga di negara kita sebagai  pengexport petrol kita ke luar negara,.

Hinggakan barang-barang komoditi keluaran negara kita turut juga jatuh harganya seperti kelapa sawit dan getah negara.Kejatuhan ini juga telah melibakan di negara-negara di serata dunia.

"Insya Allah,harga petrol negara dan juga barang-barang komditi dan juga lain-lain yang menjadi hasil produk utama negara dismping negara kita juga sebagai pengeluar dan pengexport petrol negara akan kembali pulih semula di dalam masa yang terdekat sahaja pada bila-bila masa aje.,"tegasnya.
Selepas selesai mengucapkan ikrar sumpah taat setia pada Raja dan pada para pemimpin utama negara. AJK penganjur dan dikuiti oleh para tetamu dengan suara yang lantang melaungkan  pekikkan yang bergema di udara dengan pekikkan
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!.
Katanya,jika kita membuat perbandingan dengan kemelut eknomi negara kita dan kejatuhan matang negara kita masa ini? Ia,tidak seburuk dengan kejatuhan mata wang negara-negara di rantau kita, pada tahun 1997 dulu di mana ketika itu Mahathir Mohamad masih memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Menurutnya,beliau (Mahathir) ketika itu terpaksa menambat mata wang negara Malaysia sebab ditakuti terus turun merudum akibat serangan jahat oleh George.Soros penyangak mata wang dunia yang busuk hati berbangsa Yahudi.

"Kita tak mahu ikut jejak langkah Mahathir itu?Jika kita tambat wang kita pada ketika ini? Pada masa jangka panjanagnya kita akan rugi besar jika kita tambat mata wang kita sekaranag jua" katanya.

Seterunya beliau berkata,seperti kita maklum bahawa pemimpin negara kita,Datuk Seri Najib Tun Razak,baru beberapa hari yang lalu ini telah pun membentuk satu Jawatan Kuasa Khas negara yang terdiri dari berbagai-bagai golongan Pakar Kewangan dan Pakar Ekonomi Negara,bekerja kuat seiring sebahu untuk memulihkan semula keadaan ekonomi negara dan kemelut kejatuhan mata wang negara kita.

Hasil dari usaha-usaha itu dilihat aak positif? Kita dapat lihat bahawa mata wang negara kita pulih sedikit dan akan bangkit semula menunjukan kekuatan yang ketara.

Justeru Datuk Dr.Rahman telah menyeru pada rakyat Malaysia, harus sabar buat sementara waktu aje kerana tiap-tiap yang "jatuh itu?" Pasti akan "naik"semula dalam masa yang terdekat sahaja.

Percayalah Allah SWT tidak akan terus membebankan kita tentang masalah yang mana tak termampu dipikul oleh kita.

Kerana DIA adalah Dzat yang Maha Bijaksana dan Maha Adil dan Maha Berkuasa sifatNya. Setelah gelap? Pasti ia akan bertukar menjadi terang benderang pula.Tiap-tiap sesuatu musibah itu? Ada hikmah di sebaliknya?

Marilah kita semua sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT.,agar semuanya kembali pulih seperti sedia kala.

Pengacara majlis pada malam tersebut ialah Zul Azhari Mohd Juah,Naib Presiden 2 Gabungan Ngo-Ngo Gombak.(Posted by abnmulya /Hj.Bakar Ningal.blogspot.Com.at 1352 hrs on September 02,2015).




No comments: